Gereja Ortodoks Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri tentang

Agama Kristian mempercayai Jesus sebagai Christ

 
Jesus  · Christ
Jesus dalam agama Kristian  · Kelahiran dara  · Penyaliban  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Bible
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Gospel  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Suci)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Maryam  · Santo Peter  · Paulus si Hawari  · Paderi Besar  · Awal  · Constantine Agung  · Majlis  · Perpecahan Barat-Timur  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Ekumenisme  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Perlambangan  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

P christianity.svg Portal Kristian

Gereja Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Ortodoks adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian, dan merupakan kedua terbesar di dunia selepas Gereja Katolik Rom. Terdapat 300 juta penganut Kristian Ortodoks di seluruh dunia dan kebanyakan mereka tinggal di Rusia, Greece, Eropah Timur dan Timur Tengah. Mereka juga terdapat di seluruh dunia termasuk di Jepun dan Indonesia.

Maksud Ortodoks[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya penganut Kristian merujuk Gereja (agama) mereka sebagai "Satu, Suci, Katolik (daripada perkataan Greek καθολική, atau sejagat) dan Gereja Hawariyun". Akan tetapi berlaku Perpecahan Timur-Barat pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja Katolik dan pihak berkuasa di Rome.

Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermaksud "mempercayai dengan betul" atau "memuliakan Tuhan dengan betul" (daripada adjektif orthos = benar dan kata kerja dokeo = Saya percaya atau kata nama doxa = mulia) dan diguna pakai oleh Gereja ini untuk membezakannya dengan mazhab Kristian yang lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja Byzantine. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu Jerusalem, Alexandria, Antioch, Rome dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa german mengakibatnya terputusnya komunikasi antara Gereja di Rome dan Gereja di timur (Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).

Pada tahun 1054, utusan Paus Rome ke Konstantinople mengucilkan (excommunicate) Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua Gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua Gereja memisahkan diri mereka.

Tipika[sunting | sunting sumber]

Apa yang menyatukan mazhab ini ialah teologinya, walaupun terdapat variasi gaya yang bergantung kepada negara asal dan adat tempatan. Adat tempatan ini dipanggil perbezaan dalam tipika dan diterima oleh pemimpin gereja kerana ia tidak dilihat sebagai bertentangan secara teologinya dengan ajaran asas Gereja Ortodoks Timur.

Oleh itu kita boleh melihat banyak Gereja Ortodoks Timur mengambilpakai gelaran kebangsaan seperti Ortodoks Yunani, Ortodoks Rusia, Ortodoks Romania, Ortodoks Serbia dan sebagainya. Gelaran ini berfungsi membezakan bahasa, uskup dan tipika mana yang diikuti oleh jemaah tertentu. Jemaah Gereja selalunya bersatu dalam kepercayaan tanpa mengira kerakyatan. Perbezaan selalunya sedikit dan ia melibatkan aturan him yang dinyanyikan atau pada masa bila servis tertentu dibuat. Pada umumnya, pengikut Kristian Ortodoks Timur boleh berjalan ke seluruh dunia dan masih mengikuti servis yang sama dilakukan setiap hari Ahad walaupun dia tidak faham bahasa yang digunakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Pogadaev, V. A. "The Orthodox Church in Indonesia". in Nusantara. South-East Asia. Collection of Materials. Vol. 3. St-Petersburg, 2002, p. 89-91.