Masjid Air Merbau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Al-Marbawi
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamEn Abu Bakar Katheresan Mohd Nor 2017 (Imam Besar)
En. Nasaruddin B. Hj Abu Samah 2017 (Timb. Imam Besar)
En Zakaria Bin Kling 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-JSN-00048
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahJasin
LokasiMasjid Al-Marbawi,
Km 24,
Kampung Air Merbau, 77200 Bemban,
Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Al-Marbawi

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Al-Marbawi atau juga dikenali sebagai masjid Air Merbau merupakan sebuah masjid yang terletak di Km 24, Kampung Air Merbau, 77200 Bemban, Melaka.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Al-Marbawi,
Km 24,
Kampung Air Merbau, 77200 Bemban,
Melaka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Air Merbau yang dibina pada tahun 1954 merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandar Melaka dalam daerah Jasin, Melaka.

Mengikut keterangan bekas Imam, Tuan Haji Abd. Rahman bin Mohd Amin, masjid ini telah di dirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Sumber kewangan untuk membinanya diperolehi dari kutipan derma orang ramai. Jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM2,800.00. Dengan sumber kewangan yang terhad ini, akhirnya masjid telah dapat dibina dengan atapnya diperbuat daripada zink dan dindingnya daripada papan.

Peruntukan kerajaan negeri Melaka bagi kerja baik pulih dan pembesaran masjid mula diperolehi ketika Tun Ghafar Baba menjadi Ketua Menteri Melaka pada tahun 1960.

Pengubahsuaian yang terakhir dilakukan pada tahun 1999 melibatkan kos sebanyak RM66 ribu yang diperolehi dari Kerajaan Negeri Melaka. Kini masjid ini mampu menampung jemaah seramai kira-kira 450 orang pada satu-satu masa.

Masjid Air Merbau ini perlu diperbesarkan kerana terdapat dua buah taman perumahan berdekatan yang telah mula diduduki. Pada bulan September 2004, masjid ini telah mendapat peruntukan dari kerajaan negeri Melaka sebanyak kira-kira RM300 ribu bagi tujuan pembesaran.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Al-Marbawi memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-JSN-00048.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]