Masjid Al-Aqsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid al-Aqsa
مسجد الأقصی
Israel-2013-Jerusalem-Temple Mount-Al-Aqsa Mosque (NE exposure).jpg
Pemandangan bangunan masjid di bahagian timur laut
Maklumat am
Dibuka pada 705 M
Status Aktif
Maklumat pentadbiran
Imam Muhammad Ahmad Hussein
Maklumat geografi
Lokasi Kota Lama Baitulmuqaddis
Koordinat 31°46′34″N 35°14′09″W / 31.77617°U 35.23583°B / 31.77617; -35.23583Koordinat: 31°46′34″N 35°14′09″W / 31.77617°U 35.23583°B / 31.77617; -35.23583
Maklumat pembinaan
Gaya senibina Islam awal, Mamluk
Bil. menara 4
Ketinggian menara 37 meter (121 ka) (tertinggi)
Kapasiti jemaah 5,000+ (dalam); 400,000 (luar)[1]
Panjang 83 meter (272 ka)
Lebar 56 meter (184 ka)
Bahan binaan Batu kapur (tembok luar, menara, muka), stalaktit (menara), timah (kubah), marmar putih (ruangan dalaman)
Lokasi
Peta menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Lama
Peta menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Lama
Lokasi Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى al-Masjid al-Aqṣā, IPA: [ʔælˈmæsdʒɪd ælˈʔɑqsˤɑ]  (Speaker Icon.svg dengar), "Masjid Terjauh") atau juga dikenali sebagai Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmuqaddis (Baitulmuqaddis Timur). Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Batu) dikenali oleh umat Islam sebagai Al Haram Al Sharif atau "tanah suci yang mulia"[2] dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci, yang dipercayai di mana Kuli Pertama dan Kuil Kedua pernah terletak.[3][4]

Menurut kepercayaan para Muslim, Nabi Muhammad dibawa dari Masjid al-Haram di Makkah ke masjid ini sebelum diangkat ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha) dalam peristiwa Israk Mikraj. Kitab-kitab hadis menjelaskan bahawa Muhammad mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan. Setelah, wahyu diturunkan (Surah al-Baqarah ayat 148), kiblat tersebut dihadapkan ke Masjid al-Haram sehinggalah sekarang.[5][6]

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Nama "Masjid al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj, satu periwayatan Muslim tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang berlangsung pada tahun 621 M. Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad melakukan perjalanan dengan menaiki Buraq dari Masjidil Haram (di Makkah, selatan Arab Saudi) sehingga ke "masjid yang paling jauh" iaitu Masjid al-Aqsa, dan dari satu batu di sana, Baginda menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Al-Aqsa Mosque, Jerusalem". Atlas Travel and Tourist Agency. Diperolehi pada 29 Jun 2008. 
  2. Schieck, Robert (2008) in Geographical Dimension of Islamic Jerusalem, Cambridge Scholars Publishing; lihat juga Omar, Abdallah (2009) al-Madkhal li-dirasat al-Masjid al-Aqsa al-Mubarak, Beirut: Dar al-Kotob al-Ilmiyaah; also by the same author the Atlas of Al-Aqsa Mosque (2010)
  3. Barton, George (1901–1906). "Temple of Solomon". Ensiklopedia Yahudi. Diperolehi pada 29 Jun 2008. 
  4. Milstein, Mati (23 Oktober 2007). "Solomon's Temple Artifacts Found by Muslim Workers". National Geographic. Diperolehi pada 29 Jun 2008. 
  5. "Al Baqara". Tanzil.net. Diperolehi pada 10 Disember 2013. 
  6. Tabatabae, Sayyid Mohammad Hosayn. [[Tafsir al-Mizan|AL-MIZAN:AN EXEGESIS OF THE QUR'AN]], terjemahan oleh S. Saeed Rizvi. WOFIS. ISBN 9646521142. Diarkibkan daripada asal pada 29 Julai 2007. Diperolehi pada 10 Disember 2013.  Wikilink embedded in URL title (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]