Masjid Besar Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Al-Kauthar (Bahasa Jawi: مسجد الكوثر) atau Masjid Besar Tawau adalah sebuah masjid di Tawau, Sabah, Malaysia. Ia merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan kawasan laut di Jalan Traulsen atau Jalan Persisir. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Masjid al-Kauthar
مسجد الكوثر
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Syafi'e
Mula dibina19 Jun 1997
Siap dibinaOktober 2002
Dibuka pada17 Ogos 2004; 19 tahun yang lalu (17 Ogos 2004)
Tempoh pembinaan5 tahun
Maklumat pentadbiran
ImamUstaz Ramadhan (Imam Besar)
Ustaz Azmil (Timb. Imam Besar)
Ustaz Ahmadun
Ustaz Zulhelmi
Ustaz Syafiq
Ustaz Muhd Zaid
BilalHaji Mohd Amin
Ahmad Abiding
Abdul Hamid
PengerusiHaji Khalid Haji Tahir
Maklumat geografi
LokasiSabindo Square, Jalan Pantai, 89500 Tawau, Sabah
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat3
Bil. menara1
Ketinggian menara58 meter
Kapasiti jemaah17,000
Keluasan47,000 m²
KosRM31,500,000.00
Laman sesawang
https://www.facebook.com/al.kauthar.tawau?mibextid=zLoPMf

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid ini mempunyai tiga tingkat secara keseluruhannya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan ditingkat bawah yang mempunyai dinding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Masjid Al-Kauthar telah menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara kampung. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara kampung pula, sebuah kolam air besar disediakan.

Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya:

  • Perpustakaan
  • Dewan seminar
  • Pejabat pentadbir
  • Tempat menyimpan kasut dan barang.

Berikutan kes kecurian kasut serta sandal yang sering berlaku, sebuah tempat letak kasut berbayar di sediakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Al-Kauthar di Facebook.com