Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Sirajuddin2.jpg

Yang di-Pertuan Agong ke-XII
13 Disember 200112 Disember 2006
Pertabalan 25 April 2002
Negeri Perlis
Pendahulu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pengganti Tuanku Mizan
Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Abdullah Badawi

Raja dan Yang di-Pertuan
Negeri Perlis Indera Kayangan
17 April 2000 – kini
Pendahulu Tuanku Syed Putra

Raja Perempuan Tengku Fauziah
Diputerakan 17 Mei 1943 (70 tahun)
Arau, Perlis
Ayahanda Tuanku Syed Putra
Ibunda Tengku Budriah
Putera-puteri Tuanku Syed Faizuddin Putra
Sharifah Fazira

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (lahir: 1943) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.

Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.

Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.

Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tuanku Syed Sirajuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau (sehingga darjah dua) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Wellesley Pulau Pinang kemudian ke Sekolah Rendah Westland Pulau Pinang dan Penang Free School sebelum melanjutkan pelajaran ke WellingboroughPublic School, England sehingga 1963.

Baginda telah menuntut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England mulai Januari 1964 sehingga tahun 1965. dan merupakan peminat kelab bolasepak Inggeris, Tottenham Hotspur.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Baginda pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang ketenteraan, antaranya Leftenan Muda Rejimen Kedua Pasukan Peninjau , Kapten Kehormat Rejimen Askar Wataniah, Kolonel Kehormat Rejimen 504 Pasukan Simpanan dan Kolonel kehormat Rejimen Renjer Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Sultan Salahuddin
(Sultan Selangor)
Yang di-Pertuan Agong
(Raja Perlis)

2001-2006
Diikuti oleh:
Sultan Mizan Zainal Abidin
(Sultan Terengganu)
Didahului oleh
Tuanku Syed Putra
Raja Perlis
2000-kini
Diikuti oleh:
tiada