Masjid Durian Tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Durian Tunggal
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada1971
Maklumat pentadbiran
ImamHj Zakaria Bin Mamat2013 (Imam Besar)
En Sabudin Bin Kolop 2013 (Timb. Imam Besar)

Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00021
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahAlor Gajah
LokasiMasjid Durian Tunggal,
Km. 16, Durian Tunggal,
76100 Durian Tunggal, Melaka.
Koordinat2°18′46.1″N 102°16′54.8″E / 2.312806°N 102.281889°E / 2.312806; 102.281889Koordinat: 2°18′46.1″N 102°16′54.8″E / 2.312806°N 102.281889°E / 2.312806; 102.281889
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah2,000 jamaah
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Durian Tunggal

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Masjid Durian Tunggal atau juga dikenali sebagai Masjid An-Naim, merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Masjid An-Naim Durian Tunggal telah dibina diatas sebuah tapak di tengah-tengah pekan Durian Tunggal sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu lagi. Namun tarikh tepat pembinaannya tidak dapat dipastikan. Ianya menjadi tempat umat Islam dari enam buah kampong utama iaitu Kampong Padang Kerbau, Kampong Bukit Balai, Kampong Padang Keladi, Kampong Bukit Tambun dan Kampong Pulau dan Kampong Air Semubuk untuk berkumpul menjalankan pelbagai kegiatan keagamaan.

Masa berlalu dan zaman berubah, masjid ini juga turut menuntut perubahan yang mana ia tidak lagi mampu menampung pertambahan jamaah dari hari ke hari. Justeru pada tahun 1971 sebuah masjid baru dibina di atas tapak yang lebih luas tidak jauh dari tapak asalnya. Lokasi yang strategik, tersergam diatas bukit dan berada dipersimpangan jalan utama. Masjid ini akhirnya telah disempurnakan perasmiannya pada hari tanggal 16 Oktober 1971, hari Sabtu jam 2.00 petang oleh YB Encik Abdul Ghafar bin Baba, Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia ketika itu.

Pada hari ini, Masjid An-Naim terus berkembang dari segi fizikalnya dan mampu menampung jamaah kira-kira 2,000 orang pada sesuatu masa. Selain menampung jamaah dari kariah Durian Tunggal, ianya turut menampung jamaah dari Kolej Yayasan Saad dan Kolej Universiti Teknikal Malaysia dari Air Keroh. Masjid ini mula dibina pada tahun 1920 dan diganti dengan bangunan baru pada tahun 1971 dengan bantuan kerajaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Durian Tunggal,
Km. 16,
Durian Tunggal,
76100 Durian Tunggal
Melaka

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Durian Tunggal terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka dan memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00021.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]