Durian Tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Durian Tunggal merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, tiga kilometer dari Tol Air Keroh.

Terdapat kolam takungan air utama yang terletak 3 kilometer dari pekan Durian Tunggal menuju ke Selandar, Jasin. Kolam ini pernah kering pada tahun 80-an. Terdapat taman burung yang terletak di kampung padang keladi.

Terdapat bekas landasan kereta api di sini yang menghubungkan Pulau Sebang dan Melaka sebelum pendudukan Jepun. Namun demikian rel kereta api sudah tiada lagi tetapi beberapa jambatan kereta api yang melintasi sungai masih jelas kelihatan sehingga hari ini. Ada rancangan dari KTMB untuk memulihkan semula laluan ini yang dijangka akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke 10 jika diluluskan kerajaan.

Auyen Hill adalah pusat pelancongan yang kerap dikunjungi terutama oleh orang Cina kerana terdapat tembok Cina yang dibina hasil ilusi tembok besar Cina.

Pada abad ke-21 pekan Durian Tunggal telah berubah wajah dari pekan cowboy kepada pekan moden.

[sunting] Pekan Berhampiran

  1. Parit Melana
  2. Belimbing Dalam
  3. Batu Berendam
  4. Kesang Pajak
  5. Melaka Pindah
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain