Masjid Kampung Ladang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Kampung Ladang
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada1990-an
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamEn Karim Bin Majit 2017 (Imam Besar)
Mohd Redhuan Bin Abd Rahman 2017 (Timb. Imam Besar)
En Zulhazmy Zakry Bin Sakaria 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00028
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
LokasiMasjid Kampung Ladang,
Km. 43.2,
Kuala Sungai Baru,
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Kampung Ladang

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kampung Ladang merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 43.2, Kuala Sungai Baru, 78200 Kuala Sungai Baru Melaka.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampung Ladang,
Km. 43.2,
Kuala Sungai Baru,
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dibina pada tahun 1900 di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tn.Hj.AHMAD yang lebih mesra dengan panggilan PAK ITAM MAT. Bangunan Masjid ini pada mula nya dibina menggunakan kayu yang dibelah dari kayu hutan oleh beberapa orang anak kariah yang berkemahiran di dalam bidang tersebut. Oleh kerana kedudukan MASJID KG. LADANG terletak kira kira 200 Meter dari PEKAN KUALA SUNGAI BARU, MELAKA secara tidak langsung Masjid ini menjadi tumpuan umat Islam sekitar nya, lebih lebih lagi waktu solat Jumaat, solat Sunat Aidil Fitri dan Solat Sunat Aidil Adha. Diwaktu ini lah jemaah terpaksa bersesak sesak dan ramai lagi terpaksa bersolat dihalaman Masjid. Ini kerana keluasan dalam bangunan Masjid pada masa itu ialah 70 kaki kali 50 kaki persegi sahaja.

Ekoran daripada suasana tersebut A.J.K. Lembaga Pengelola Masjid dan seluruh anak kariah sebulat suara bersetuju mengubah suai bangunan masjid ini dari bangunan kayu ke bangunan batu dan BERTIANG SATU dengan keluasan menjadi 80 kaki kali 90kaki. Bangunan ini mula diubahsuai pada tahun 1985 siap sepenuhnya pada tahun 1988, dengan menggunakan dana dari KHAIRAT ORANG RAMAI terutama anak anak kariah Kg. Ladang. Yang lebih ISTIMEWANYA pembinaan bangunan baru ini dibuat secara GOTONG ROYONG oleh seluruh anak kariah Kg. Ladang. Masjid ini dibina pada tahun 1955 daripada derma orang ramai.


Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampung Ladang merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Masjid Kampung Ladang memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00028.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]