Masjid Menara Kudus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masjid Menara Kudus (disebut juga sebagai Masjid Al Aqsa dan Masjid Al Manar) ialah masjid yang dibangunkan oleh Sunan Kudus pada tahun 1549 Masihi atau tahun 956 Hijriah dengan menggunakan batu dari Baitul Maqdis dari Palestin sebagai batu pertama dan terletak di desa Kauman, Kudus, Kudus, Jawa Tengah, Indonesia. Masjid ini berbentuk unik, kerana memiliki menara yang serupa dengan bangunan candi. Pembinaan Masjid ini adalah simbol perpaduan antara seni reka bangunan Islam dengan seni reka bangunan Hinduisme.