Masjid Taman Cheras Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Taman Cheras Jaya terletak di di Taman Cheras Jaya, Batu 11, Cheras, Selangor. Masjid ini dibina pada 12 Disember 2004 di atas sebidang tanah berkeluasan 2.62 ekar dengan kos bernilai RM5.3 juta bagi menggantikan Madrasah Manbaeil Uloom yang dibina pada 1987. Masjid ini siap pada 24 Ogos 2006, mampu menampung 2,500 jemaah pada satu masa bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Taman Cheras Jaya dan kawasan perindustrian berhampiran.

Pada 23 April 2010, masjid ini dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Masjid adalah tempat yang sepatutnya diberi penerangan tentang pentingnya hubungan baik dan muhibbah di antara masyarakat tanpa mengira kaum, fahaman politik dan latar belakang agama. Pegawai dan anggota jawatankuasa masjid hendaklah merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menjemput penceramah yang berkelayakan. Baginda tidak berkenan masjid dan surau di Selangor dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]