Mecca-Cola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mecca-Cola
Fail:MeccaColaLogo.jpg
Jenis Kola
Pengeluar Mecca Cola World Company
Negara asal Perancis
Diperkenalkan November 2002
Produk berkaitan Coca-Cola, Zam Zam Cola, Qibla Cola

Mecca-Cola ialah minuman berkarbonat berperisa kola yang merupakan produk utama Mecca Cola World Company, dipasarkan sebagai produk alternatif AS seperti Coca-Cola dan Pepsi-Cola. Nama produk ini mengandung transliterasi abjad Latin untuk مكة المكرمة (Makkah al-Mukarramah, atau "Makkah", bahasa Inggeris:Mecca), kota suci Islam di Arab Saudi.

Dilancarkan di Perancis pada November 2002, oleh usahawan Tawfik Mathlouthi, sebagai alat membantu rakyat Palestin dengan menyediakan keperluan buat produk alternatif di negara Eropah. Minuman ini diilhamkan daripada minuman ringan Iran yang terkenal, Zam Zam Cola, dan sangat popular di Arab Saudi dan Bahrain, dan diputuskan pelancaran patennya sendiri ketika ia tidak bersetuju dalam kontrak pengedaran bersama Zam Zam Cola. Dalam giliran, Mecca-Cola mengilhamkan pembentukan Qibla Cola.

Kini, Mecca-Cola dijual secara meluas di Timur Tengah dan di daerah tertentu seperti di Eropah, Asia, dan Afrika. Walaupun produk ini diciptakan di Perancis, kini perusahaan ini berpusat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Salah satu perjanjiannya ialah untuk menyumbang 10% keuntungannya untuk projek kemanusiaan (seperti sekolah) di daerah Palestin, dan 10% lainnya untuk sumbangan amal di negeri-negeri minuman ini dijual. Pendiriannya yang tidak berkompromi ini ditonjolkan melalui slogan syarikat ini, yang muncul di semua barangannya: "No more drinking stupid, drink with commitment!" ("Tidak lagi minum begitu sahaja, minum dengan kesungguhan!")

Di samping penghasilan kola, syarikat ini juga menjual minuman ringan berperisa buah dibawah nama Mecca-Cola. Syarikat ini juga ialah penaja — dan minuman rasmi — Sidang OIC pada Oktober 2003 yang diadakan di Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]