Medan bandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Medan bandar[1] (ميدن بندر) merupakan ruang awam[2] terbuka yang biasanya dijumpai di kawasan tengah bandar tradisional dimana ia berfungsi sebagai tempat perhimpunan masyarakat. Nama lain bagi medan bandar ialah pusat sivik, dataran bandar (atau dataran bandar raya), medan pasar, dataran awam, plaza dan padang raya.

Kebanyakkan medan bandar mempunyai ciri landskap kejur yang sesuai untuk pasar terbuka, konsert muzik, perhimpunan politik dan lain-lain aktiviti yang memerlukan kawasan yang lapang, luas dan teguh. Kerana kedudukannya yang biasanya berada di tengah bandar, maka sekelilingnya mungkin terdapat kedai kecil seperti kedai pakaian, kedai runcit dan bakeri. Di tengah-tengah medan pula kebiasannya terdapat tugu, pancuran air dan patung. Dataran yang mempunyai bilangan pancuran air yang banyak boleh dikenali sebagai dataran pancuran.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Terjemahan PRPM "Town square"". Dicapai pada 30 Oktober 2012.
  2. ^ Halaman 8-3 dan 78 dalam Watch this Space: Designing, Defending, and Sharing Public Space, oleh Hadley Dyer dan Marc Ngui, Kids Can Press (2010), hardcover, 80 halaman, ISBN-13: 9781554532933