Menara Angin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menara Angin

Menara Angin, juga dipanggil horologion (jam), merupakan sebuah menara jam marmar Penteli berbentuk segi lapan yang terletak di agora Rom di Athens. Struktur ini terdiri daripada gabungan jam matahari, jam air dan penunjuk arah angin.[1] Menara ini dikatakan dibina oleh Andronicus of Cyrrhus sekitar tahun 50 SM, tetapi menurut sumber lain, ia mungkin sudah dibina pada abad ke-2 SM sebelum seluruh forum.

Tapak[sunting | sunting sumber]

Binaan setinggi 12 meter ini mempunyai diameter sekitar 8 meter dan pernah dihias atas oleh patung dewa Triton dengan penunjuk arah angin.[2] Di bawahnya terdapat friz yang menggambarkan lapan dewa-dewi angin, iaitu Boreas (Utara), Kaikias (Timur Laut), Eurus (Timur), Apeliotes (Tenggara), Notus (Selatan), Livas (Barat Daya), Zephyrus (Barat), dan Skiron (Barat Laut) — terdapat lapan buah jam matahari.[2] Di dalam menara ini pernah terdapat sebuah jam air pacuan air yang disalurkan dari Acropolis. Kajian terkini menunjukkan bahawa ketinggian menara ini didorong oleh niat untuk meletakkan jam matahari dan penunjuk arah angin pada aras yang mudah dilihat di Agora, oleh itu menjadi salah satu contoh menara jam purba yang berkesan.[3] Menurut pengakuan Vitruvius dan Varro, menara ini direka oleh Andronicus dari Cyrrhus.[4]

Pada awal zaman Kristian, bangunan ini digunakan sebagai menara loceng oleh sebuah gereja Byzantine. Di bawah penguasaan Uthmaniyah pula, ia menjadi sebuah tekke dan digunakan oleh penari-penari Darwis Berpusing. Ketika itu, menara ini tertanam sedalam separuh tingginya; kesannya kelihatan di bahagian dalamnya, di mana tulisan Turki terdapat pada dinding. Ia digali semula sepenuhnya pada abad ke-19 oleh Persatuan Arkeologi Athens.

Rekabentuk Balai Cerap Radcliffe abad ke-18 di Oxford, England, adalah berasaskan Menara Angin, begitu juga dengan makam pengasas Perpustakaan Negara Yunani, Panayis Vagliano di Tanah Perkuburan West Norwood, London. Menara Angin turut mengilhami bangunan Torre del Marzocco binaan abad ke-15 di Livorno, Itali.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Joseph V. Noble; Derek J. de Solla Price, p. 345
  2. 2.0 2.1 Joseph V. Noble; Derek J. de Solla Price, p. 353
  3. Joseph V. Noble; Derek J. de Solla Price, p. 349
  4. Joseph V. Noble; Derek J. de Solla Price, p. 354

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Landmarks in Athens Koordinat: 37°58′27.04″U 23°43′37.21″T / 37.9741778°U 23.7270028°T / 37.9741778; 23.7270028