Mata angin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mata angin
Mata angin terbesar di dunia dilukis di Edwards AFB

Dalam geografi, mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi, semasa menggunakan kompas dan menggunakan peta.

Berpandukan pusat mata angin, terdapat 8 arah utama iaitu dengan urutan sebagai berikut (mengikuti arah jarum jam):

  1. Utara (0°) (North)
  2. Timur Laut (45°): Terletak di antara utara dan timur (North East)
  3. Timur (90°) (East)
  4. Tenggara (135°): Terletak di antara timur dan selatan (South East)
  5. Selatan (180°) (South)
  6. Barat Daya (225°): Terletak di antara selatan dan barat (South West)
  7. Barat (270°) (West)
  8. Barat Laut (315°): Terletak di antara barat dan utara (North West)

Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi. Matahari terbit di timur dan tenggelam di barat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]