Meriam 20 mm Oerlikon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meriam 20 mm Oerlikon
Meriam Oerlikon di atas HMAS Castlemaine
JenisMeriam automatik
Tempat asal  Switzerland
Sejarah perkhidmatan
PerangPerang Dunia II
Sejarah pengeluaran
PerekaReinhold Becker
DirekaPerang Dunia I
PengeluarOerlikon Contraves
AnekaMeriam MG FF
Spesifikasi
Berat480 kg (tanpa amunisi)

Kaliber20 mm
AksiAPI blowback
Kadar tembakan450 tembakan seminit
Halaju muncung820 m/s
Jarak tembakan maksimum2,000 meter sasaran udara

Meriam 20 mm/70 (0.79") Oerlikon Mark II merupakan satu siri meriam penangkis pesawat automatik yang digunakan secara meluas dalam Perang Dunia II. Ia pada asalnya direka oleh syarikat Oerlikon Contraves, Switzerland. Senjata automatik 20 mm ini kemungkinannya senjata penangkis pesawat yang terbanyak dihasilkan berbanding senjata lain semasa Perang Dunia II.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum perang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1937, British Admiralti pada mulanya mengkaji senjata yang sesuai bagi melengkapi kapal dagang dan kapal perang kecil dari serangan udara jarak dekat. Pada awalnya mereka menolak Oerlikon Model 1934, tetapi pada 1938 pihak Admiralti memberitahu Oerlikon bahawa sekiranya mereka mampu meningkatkan pecutan laras (muzzle velocity) dan menunjukkan bahawa senjata ini dapat diguna dan dikendali oleh bukan pakar, seperti nelayan dan kelasi kapal, ia dapat diterima. Oerlikon melakukan perubahan yang diperlukan dan prototaip reka bentuk baru dihantar pada akhir 1939. Ia diterima berkhidmat serta merta sebagai 20 mm Mark I dan pihak Britain membuat tempahan besar dengan Oerlikon dan mendapatkan lesen pengilangan. Bagaimanapun hanya beberapa meriam tambahan diterima sebelum penjajahan Jerman terhadap Perancis, yang memutuskan laluan bekalan. Ini merupakan punca utama kapal British hanya memiliki sedikit meriam Oerlikon semasa awal perang, dengan sejarah USN BuOrd rasmi menyatakan bahawa Tentera Laut Diraja British hanya memiliki 100 Oerlikons di laut pada November 1940.

Sejurus sebelum kejatuhan Perancis, pihak British mengambil peluang lesen pengilangan dengan Oerlikon untuk mendapatkan lakaran pengilangan. Ia dibawa kembali dari Switzerland oleh Stewart Mitchell, yang sebelum ini merupakan Inspektor Kontrak Peluru Tentera Laut di kilang Oerlikon di Zurich. Mitchell, bersama dengan pakar peluru terkemuka, Charles Goodeve dan bersama Cmdr. S.W. Roskill (ketika itu bekerja dengan Division Staf Laksamana (Admiralty Staff Division) dan kemudiannya Kapten Roskill, pengarang “The War at Sea”) mendirikan kilang di Ruislip bagi menghasilkan meriam Oerlikon. “Kesukaran” dengan perkakasan dan tenaga buruh perlu diselesaikan sebelum penghantaran meriam versi British, dinamakan Mark II 20 mm, bermula pada musim luruh 1941. Pada November 1941, kapal perang Duke of York ditauliahkan dengan enam meriam ini, yang dipercayai kapal perang pertama yang memiliki meriam Oerlikon keluaran British “sepenuhnya."

Ia tidak dapat pasti jumlah meriam ini yang dihasilkan oleh Britain dan negara Koloni, tetapi Daftar Rampasan Dipasang (Mounting Appropriation Lists) pada September 1945 menunjukkan sekitar 55,000 meriam berkhidmat dengan tentera laut British dan Kommonwealth. Jumlah keseluruhan ini kemungkinannya termasuk senjata yang dihasilkan oleh USA yang dibekalkan sebagai sebahagian dari Lend-Lease atau dipasang bagi kapal yang dibaik pulih di limbungan kapal Amerika Syarikat. Sesetengah kapal sokongan British masih memiliki senjata ini sehingga 2006.

Semasa Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Antara Disember 1941 dan September 1944, 32% dari kesemua kapal terbang Jepun yang dijatuhkan oleh USN dikatakan menggunakan senjata ini, dengan titik puncak sekitar 48.3% pada pertengahan 1942. Pada 1943 Pembidik Mark yang revolusionari diperkenalkan yang menjadikan senjata ini lebih berkesan. Pembidik ini dibangunkan oleh Dr. Charles Draper dari MIT, yang mengira bahawa oleh kerana meriam ini ditembak pada jarak dekat, sistem bandingan-arah (relative-bearing system ) yang kasar dan mudah boleh digunakan bagi mengawal senjata ini. Pembidik Mark 14 menggunakan dua gyro untuk mengukur pertukaran kadar melintang dan menegak, mengira sudut hadapan kapal terbang sasaran dan memaparkan titik sasar yang sesuaikan kepada penembak. Menggunakan Mark 14 bagaimanapun memerlukan sambungan eletrik kepada yang sebelum ini tenggekan bebas. Pembidik ini kemudiannya diguna pakai sebagai sebahagian pengarah Mark 51 yang digunakan bagi mengawal Bofors 40 mm, meningkatkan dengan banyak keberkesanannya. Selepas perang, Mark 14 digantikan dengan Pembidik Mark 20, yang mempunyai rekabentuk lebih ringan dan mudah. Mark 20 sedia untuk digunakan sepuluh saat selepas dihidupkan sementara Mark 14 mengambil masa tiga minit.

Pada 1944-45, USN mendapati peluru 20 mm terlalu ringan untuk menghentikan kapal terbang Kamikazi Jepun dan kepantasan ancaman kapal terbang ini menjadikan meriam kawalan manual sebagai lapuk. Disebabkan ini, Oerlikons digantikan dengan Bofors 40 mm bila saja mampu semasa 1944-45 dan dihentikan sepenuhnya dari kebanyakan kapal Amerika Syarikat menjelang pertengahan-1950-an.

Digunakan oleh negara lain semasa Perang Dunia II: 1) Itali membeli sejumlah kecil senjata ini secara langsung dari Oerlikon. 2) Tentera Jerman membeli sejumlah meriam secara langsung dari Oerlikon dan menamakannya sebagai Flak 28 dan Flak 29. Ini diserahkan kepada Kriegsmarine pada 1939. 3) Sejumlah 2,002 meriam ini dihantar ke Soviet Union sebagai sebahagian Sewa-Beli (Lend-Lease).

Ironi sejarah: Oerlikon hampir muflis apabila USN menolak meriam Model 1934, 20 mm mereka. Hanya dengan pembelian hak perlesenan oleh Tentera Laut Imperial Jepun menyelamatkan syarikat tersebut dan membolehkan pembangunan lanjut, yang menghasilkan versi lebih berjaya yang digunakan oleh pihak Berikat semasa Perang Dunia II.

Mark 1 pada asalnya direka oleh Oerlikon. Sejumlah kecil versi ini dibina di Amerika Syarikat sebagai prototaip dan kemungkinannya juga di Britain. Mark 2 USA dan Mark II British merupakan versi keluaran pertama dikilangkan di negara tersebut. Perbezaan dengan Mark 1 kebanyakannya merupakan pada susunan spring pemampan (buffer), sungguhpun Mark 2 Amerika Syarikat turut memiliki rusuk penyejuk dan dua liang pengunci. Mark 3 Amerika Syarikat juga menyerupai Mark 2 tetapi memiliki kurang rusuk penyejuk dan hanya satu liang pengunci. Mark 4 Amerika Syarikat berikutnya juga merupakan versi yang paling meluas dihasilkan di Amerika Syarikat dan memiliki spring pemampan berat tunggal. Versi ini dibina dengan ketekalan (tolerances) yang berlainan sedikit kerana ia direka dengan menggunakan unit ukuran Inggeris dan bukannya unit metrik yang digunakan bagi keluaran Mark sebelumnya. Mark 4 Mod 4 mempunyai kamar berliang (fluted chamber) yang membenarkan lonjakan lebih mudah sarung peluru yang digunakan. Mark 1 mampu ditembak dalam mod satu tembakan, sementara semua yang lain hanya boleh ditembak dalam mod automatik. Kesemua meriam menggunakan laras blok tunggal dan mekanisma penghalang kelopak gelongsor mendatar.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Salah satu kelebihan terbesar senjata ini dari segi baik-pulih adalah berbeza dengan meriam 20 mm Hispano-Suiza yang seusia dengannya, kuasa yang digunakan bagi menggerakkan mekanisma automatik agak kuat, yang bererti faktor seperti geseran, kekurangan pelincir, cuaca sejuk, perbezaan dongakan, hujan dan sebagainya adalah kecil berbanding kuasa beroperasi terbabit dan dengan itu tidak mungkin menyebabkan ia tersekat. Tambahan lagi, laras meriam Oerlikon boleh ditukar dalam tempoh kurang dari 30 saat sementara ia mengambil masa sekitar satu jam untuk menukar laras bagi Hispano-Suiza.

Rekabentuk asal Oerlikon bagi Mark 1 tidak sesuai bagi penghasilan pukal. Setiap senjata perlu dibuat khas dengan pemasangan tangan pada setiap tahap pemasangan. Begitujuga, penghasilan setiap bahagian individual merupakan proses yang panjang dan memerlukan ramai pekerja. BuOrd dan pengilang swasta Amerika Syarikat mereka semula hampir setiap bahagian senjata bagi mencepatkan proses pengilangan. Sebagai satu contoh, kerangka laras sebagaimana direkabentuk oleh Oerlikon bermula sebagai 56 paun (25 kg) ketulan besi aloi padu. Ketulan ini memerlukan banyak penggunaan mesin bagi menghasilkan bahagian yang hanya seberat 6 paun . (2.7 kg). Pakar BuOrd mereka semula bahagian ini agar hanya terdiri dari asas berrongga, di mana sambungan besi paip dipetri, dengan itu mengurangkan berat permulaan kepada hanya 14 paun (6.5 kg) dengan pengurangan sekata dari segi jam pekerja, mesin perkakasan dan kos bagi menghasilkan keluaran akhir. Dengan reka bentuk sedemikian, tempoh pengilangan di Amerika Syarikat turun dari 428.4 jam pekerja setiap meriam pada 1941 kepada hanya 76.2 jam pekerja pada September 1944.