Michel Gondry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michel Gondry
Gondry pada tahun 2013
Kelahiran (1963-05-08) 8 Mei 1963 (umur 60)
PekerjaanPengarah, penerbit dan
penulis lakon layar filem
Tahun aktif1986–kini

Michel Gondry (Perancis: [miʃɛl ɡɔ̃dʁi]; lahir 8 May 1963) ialah seorang pengarah, penerbit dan penulis lakon layar filem dari Perancis

Beliau turut dikenali dalam penglibatan video muzik beberapa artis tertentu seperti Daft Punk, Donald Fagen, Radiohead, Björk, Beck, The Chemical Brothers dan The White Stripes.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Datuknya Constant Martin terkenal sebagai pencipta sebuah model awal alat muzik berupa synthesizer bernama clavioline pada tahun 1947. Ayahnya seorang juruelektrik serta pemain piano dan organ amatur, abangnya pula menceburi sebuah kugiran (Ludwig von 88) serta perniagaan membuat logo dan baju T untuk kugiran muzik rock dan rap.[1][2]

Kerjaya perfileman awal[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau bersekolah di Olivier-de-Serres, beliau memasuki sebuah kugiran bernama Oui Oui pada 1980 sebagai seorang pemain dram. Dalam kugiran inilah beliau mula membikin video muzik untuk beberapa lagu single mereka. Beliau turut terlibat dalam beberapa projek animasi televiyen seperti Les Triplés (1986)[3] dan Rahan, fils des âges farouches (1987)[4] sebagai seorang pereka watak.

Tersiarnya salah satu video muzik Oui Oui, La Ville, dalam MTV menarik perhatian Björk, seorang penyanyi dari Iceland untuk berkolaborasi dengan Gondry; video pertama mereka Human Behaviour muncul pada 1993 sebelum mereka melakukan beberapa projek lain yang berterusan terasuk "Army Of me", "Isobel", "Hyperballad", "Joga", "Bachelorette", "Declare Independence" dan "Crystalline"[5].

Pada 2004, beliau terlibat mengarahkan filem Eternal Sunshine of the Spotless Mind dibintangi Jim Carrey dan Kate Winslet. Filem tersebut memenangi Anugerah Akademi untuk Lakon Layar Asal Terbaik pada acara anugerah tersebut yang ke-77[6].

Teknik perfileman[sunting | sunting sumber]

Beliau mempelopori efek khas bullet time yang menjadi terkenal dalam filem The Matrix dalam pembikinannya untuk beberapa iklan untuk jenama vodka Smirnoff[7] serta jenama pakaian GAP.[8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem cetera[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
Sebagai pengarah Sebagai penulis lakon layar Sebagai penerbit Catatan
Human Nature 2001 Ya Directorial debut
Eternal Sunshine of the Spotless Mind 2004 Ya Cerita Ditulis bersama Charlie Kaufman and Pierre Bismuth
The Science of Sleep 2006 Ya Ya Ya
Be Kind Rewind 2008 Ya Ya Ya
The Green Hornet 2011 Ya
The We and the I 2012 Ya Ya Ya
Mood Indigo 2013 Ya Ya Ya
Microbe & Gasoline 2015 Ya Ya

Filem pendek[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
Sebagai pengarah Sebagai penulis lakon layar Catatan
L'expedition fatale 1986 Ya Ya
Jazzmosphère 1987 Ya
My Brother's 24th Birthday 1988 Ya
Vingt p'tites tours 1989 Ya
La lettre 1998 Ya Ya
One Day... 2001 Ya Ya Juga muncul sebagai watak "The Man"
Pecan Pie 2003 Ya Ya
I've Been Twelve Forever 2004 Ya Appears as himself
Ossamuch! – Kishu & Co Ya
Tiny Ya Ya
Three Dead People Ya Ya
Drumb and Drumber Ya
Michel Gondry Solves a Rubik's Cube with His Nose 2007 Ya Ya
Interior Design 2008 Ya Ya Segmen Tokyo!
Haircut Mouse 2013 Ya Ya
Détour 2017 Ya Ya

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
Sebagai pengarah Sebagai penerbit Catatan
Flight of the Conchords 2009 Ya Episod: "Unnatural Love"
Jimmy Kimmel Live! 2011 Ya Sebagai pengarah undangan
Kidding 2018 Ya Eksekutif 6 episodes

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Du punk au business, la petite entreprise de François, ex-Ludwig von 88" (dalam bahasa Perancis). StreetPress. 3 Oktober 2014. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  2. ^ "Goéland a fermé, ces t-shirts de votre adolescence sont désormais collectors" (dalam bahasa Perancis). HuffPost. 16 Jun 2017. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  3. ^ "LE SENS DES RÊVES avec MICHEL GONDRY. Exclusif". Paris-louxor (dalam bahasa Perancis). 4 April 2011. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  4. ^ "Entretien : avant Michel Gondry, il y avait Michel Gondry" (dalam bahasa Perancis). 2005. Unknown parameter |site= ignored (bantuan); Unknown parameter |consulté le= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  5. ^ "Certains l'aiment Fip : Michel Gondry" (dalam bahasa Perancis). Fip Radio. 13 April 2016. Dicapai pada 1 Februari 2017.
  6. ^ "Eternal Sunshine of the Spotless Mind". Allociné. Dicapai pada 16 Februari 2015. Unknown parameter |languagee= ignored (bantuan)
  7. ^ Michel gondry - Smirnoff di YouTube
  8. ^ "Michel Gondry: The Music Videos and TV Adverts That Influenced Hollywood". Dazzle Ship. 27 Januaro 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2017. Dicapai pada 22 Jun 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ Strauven, Wanda (2006). The Cinema of Attractions Reloaded. Amsterdam University Press. m/s. 323. ISBN 9053569448. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  10. ^ "ipad_1261 - D File". Director-file.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-22. Dicapai pada 6 Ogos 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]