Midi-Pyrénées

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Midi-Pyrénées
Flag of {{{common_name}}}
(Bendera Daerah) (Logo Daerah)
Lokasi
Peta Perancis yang menonjolkan daerah {{{common_name}}}
Pentadbiran
Ibu kota Toulouse
Departmen 8
Statistik
Keluasan1 45,348 km²
Jumlah penduduk (Ditempatkan Ke-8)
 - Anggaran 1 Januari, 2007 2,782,000
1

Data Daftar Tanah Perancis yang mengecualikan tasik, kolam, dan glasier yang melebihi 1 km² (0.386 batu persegi atau 247 ekar), serta juga muara-muara sungai.

France

Midi-Pyrénées ialah kawasan yang terbesar dari segi keluasan di Perancis metropolitan dan adalah lebih besar daripada Belanda dan Denmark. Ia tidak memiliki sebarang kesatuan sejarah atau geografi tetapi sebaliknya merupakan salah satu kawasan Perancis yang ditubuhkan pada akhir abad ke-20 untuk dijadikan daerah pedalaman serta zon pengaruh kepada ibu kota Toulouse yang pula merupakan salah satu daripada beberapa "metropolis pengimbangan" (métropoles d'équilibre)¹. Satu contoh lagi tentang jenis kawasan tersebut ialah kawasan Rhône-Alpes yang dicipta sebagai kawasan untuk Lyon.

Nama yang dipilih untuk kawasan baharu itu diputuskan oleh kerajaan pusat Perancis tanpa sebarang rujukan kepada provinsi-provinsi sejarah (kerana terdapat banyaknya di dalam kawasan tersebut) dan berdasarkan pada keseluruhannya kepada geografinya sahaja: Midi (iaitu "kawasan-kawasan selatan") - Pyrénées (Gunung-gunung Pyrénées yang merupakan had selatan kawasan tersebut). Kata sifat dan nama Perancis penghuni kawasan tersebut ialah Midi-Pyrénéen.