Kolam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah kolam di China.

Kolam ialah kumpulan air bertakung semula jadi atau buatan manusia yang lebih kecil daripada tasik. Berbagai-bagai jenis takungan air buatan manusia digolongkan sebagai kolam, termasuk kebun air yang direka sebagai hiasan estetik, kolam ikan yang direka untuk penternakan ikan komersil, dan kolam suria yang direka untuk menyimpan tenaga haba.

Kolam dan tasik berbeza dari sungai kerana kederasan arusnya. Arus sungai mudah untuk diperhati, tetapi kolam dan tasik pula mengalami mikroarus yang dibawa haba dan arus sederhana yang dibawa angin. Ciri-ciri ini membezakan kolam dari ciri-ciri rupa bumi berair yang lain, seperti kolam arus dan kolam pasang surut.