Mohd Yusof Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahibus Samahah Dato' Haji

Mohd Yusof Haji Ahmad

D.S.N.S
Mufti Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1 April 2009 – 30 Disember 2022
Dilantik olehYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar
Didahului olehMohd Murtadza Ahmad
Digantikan olehFaudzinaim Badaruddin
Butiran peribadi
Lahir (1945-02-07) 7 Februari 1945 (umur 79)
Negeri Sembilan
Alma materUniversiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir


Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad ialah Mufti Negeri Sembilan ke-4 yang telah dilantik pada 2009. Semasa dilantik, beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Mohd Yusof dilahirkan pada 7 Februari 1945. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nuri, Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan (1952–1957), Sekolah Pertukangan Kayu Nuri (1958), di Sekolah Ugama Menengah Rendah Johol (1959–1961), Sekolah Ugama Menengah Tinggi Istana Lama Sri Menanti (1962–1963) dan Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (1964 – 1965). Pada tahun 1966, beliau memperolehi Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya, serta Diploma Pendidikan (1969) di kolej tersebut. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah pada 1970 dan memperoleh Sarjana Muda Usuludin (Tafsir & Hadith) pada 1972. Di universiti yang sama, beliau berjaya memperoleh Sarjana Syariah dalam jurusan Fiqah Perbandingan[1].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT). Kemudian beliau dilantik menjadi Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban (SMKU). Beliau turut pernah menjawat jawatan sebagai pengetua di beberapa buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Seremban (SMKA Seremban) (1980 – 1985), Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (Oktober 1985 – April 1987), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremba (SMAPL) (1987 – November 1988), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Melaka (SMKA) (1988 – Februari 1989), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SMKA SHAMS) (Mac 1989-1997) dan Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor (MPI) (1998 – Februari 2000)

Selain itu, beliau juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji, Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’, Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah.

Beliau mula dilantik sebagai Mufti keempat Kerajaan Negeri Sembilan menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad pada 1 April 2009[2].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' (1998)

Anugerah ketokohan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Osman. "SENARAI MUFTI-MUFTI DI SELURUH NEGERI-NEGERI MALAYSIA". Academia. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  2. ^ "YB. Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad". Blog Rasmi SK Nuri. 6 Ogos 2009. Dicapai pada 4 Oktober 2021.