Muhammad Al-Hasan Al-Dedew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad al-Hassān al-Diddū
محمد الحسن بن الددو الشنقيطي
Kelahiran (1963-10-31) 31 Oktober 1963 (umur 60)
WarganegaraMauritania
Pusat pendidikanUniversiti Islam Imam Muhammad bin Saud
Laman web rasmidedewnet.com

Syeikh Muhammād Al-Hasān bin Al-Diddū Al-Shanqītī (Arab: محمد الحسن بن الددو الشنقيطي atau juga dieja Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Dido atau al-Dedew) lahir 31 Oktober 1963 di Boutilimit, Mauritania,[1] ialah seorang ulama Islam, pengarang, penulis dan ahli fiqah. Beliau ialah Presiden Pusat Penerangan Ulama dan Presiden Universiti Abdallah bin Yasin[2][3][4] di Mauritania. Beliau juga ketua Pusat Pembangunan Ulama di negara barat laut Afrika tersebut.[5] Pada 2014, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa,[6] dan kini masih menggangotainya sebagai ahli lembaga pemegang amanah..[7][8] Beliau merupakan siswazah Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud.

Kehidupan awal dan pengajian[sunting | sunting sumber]

Beliau dibesarkan dalam keluarga ulama Islam. Datuknya "Muhammad Ali bin Abdulwadud" merupakan seorang ulama Islam. Syeikh Muhammad belajar 48 bidang ilmu daripadanya dalam bidang kebudayaan Islam dan Arab seperti seni pidato, sajak, bahasa Arab dan Islam.[9] Beliau tinggal rapat dengan datuknya sehingga datuknya meninggal dunia pada 1982.[10] Beliau mula belajar dan menghafal al-Quran semasa beliau berusia 5 tahun bersama keluarganya dan khatam hafal di usia 7 tahun. Beliau belajar Qiraat Sepuluh daripada ibunya, kemudian beliau belajar hadis.[11]

Beliau belajar lebih lanjut tentang Islam daripada bapa saudaranya dari keluar ibunya, dan belajar daripada bapa saudara ibunya "Mohammed Al-Amin bin Dado" yang juga merupakan ulama Islam.[12]

Belajar hadis[sunting | sunting sumber]

Beliau belajar, menghafal dan mentahqiq hadis daripada sebilangan ulama Islam dari negara yang berbeza, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan yang empat (Sunan ibnu Majah, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, al-Sunan al-Sughra), Muwatta Imam Malik dan Al-Mustadrak ala al-Sahihain, juga Musnad Ahmad ibn Hanbal, Sunan al-Darimi, al-Sunan al-Kubra dan Sunan al-Daraqutni.[13][14]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Beliau menulis banyak buku dalam bahasa Arab, seperti:[15]

  • Surat-surat hakim dalam fiqah Islam. (مخاطبات القضاة فى الفقه الإسلامي).[16][17]
  • Asas-asa persaudaraan Islam. (مقومات الأخوة الإسلامية).[18]
  • Babak Haji dan kesannya dalam meningkatkan iman. (مشاهد الحج وأثرها في زيادة الإيمان).[19]
  • Kasih sayang Nabi Sallallahualaihiwassalam. (محبة النبي صلى الله عليه وسلم).
  • Fiqah perbezaan pandangan (فقه الخلاف).[20]
  • Penerangan (syarah) Kertas-kertas Imam al-Haramain dalam Usul. ( شرح ورقات إمام الحرمين في الأصول).[21]
  • Hari Akhirat: penyaksian dan pengadilan. (اليوم الآخر مشاهد وحكم ).
  • Bukti-bukti Syariah: Jenis-jenis, bentuk-bentuk dan tanda-tandanya. (الأدلة الشرعية؛ أنواعها وسماتها وعوارضها).
  • Tahap penting dalam Usul, ( مراتب الدلالة في الأصول).
  • Hukum-hukum keselamatan dalam Fiqah. (أحكام السلم في الفقه).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]