Yusuf al-Qaradawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Islamic scholar
Qardawi.JPG
Gelaran Shaykh
Nama Yusuf 'Abdullah al-Qaradawi
يوسف عبد الله القرضاوي
Lahir 09 September 1926 (88 tahun)
Zaman Modern
Wilayah Egypt
Akidah Sunni
Karya yang popular Fiqh az Zakat, The Lawful and Prohibited in Islam, Fiqh al Jihad, and others

Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف عبدالله القرضاوي‎) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).

Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.

Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini.

Tokoh Maal Hijrah[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2009, beliau dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia. Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Beliau kagum terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di Malaysia. Beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar. Satu ketika beliau dibawa menaiki pesawat tentera bagi memudahkannya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat. Pertemuan diadakan dengan pemimpin UMNO mahupun PAS serta pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[1]

Memuji Kerajaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi memuji usaha dan Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam dalam perjuangan rakyat Palestin.Peranan Malaysia telah mendapat pujian menerusi dua pucuk surat yang diutuskan kepada kerajaan Malaysia Khususnya kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Al-Qaradawi menyatakan dalam surat tersebut beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di Baitulmuqaddis.Selain dari itu juga beliau menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis dan amat tersentuh dengan keprihatinan Najib Razak dalam konteks ini khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.Sehubungan dengan itu Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam. Malah dalam surat itu juga menyebut pencapaian yang membanggakan mereka tentang kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan Najib Razak.

Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.Kejayaan Malaysia menamatkan konflik dan penderitaan kira-kira 40 tahun di selatan Filipina itu, turut dipuji Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah .Pujian Al-Qaradawi adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia. [2] [3]

Rujukan dan pautan[sunting | sunting sumber]