Mutalib MD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Mutalib Mohamed Daud atau Mutalib MD ialah seorang penulis dari Sabah, Malaysia. Beliau menulis buku yang mendakwa tentang pemberian kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PATI) dan pendatang dengan izin (PADI) dari Filipina dan Indonesia. Pemberian kad pengenalan ini berlaku sejak 1972 dan sampai kemuncaknya apabila kerajaan Berjaya ditumbangkan oleh Parti Bersatu Sabah.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. ‘IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah’ ,1999
  2. ‘Pengundi Untuk Disewa’ , November 1999
  3. ‘IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir’ ,Disember 2006
  4. ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ , 2007.

Penulis lain yang menulis isu yang sama ialah mantan tahanan ISA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan - ‘Justice For Sabah’; aktivis masyarakat, Dr Chong Eng Leong - ‘Lest We Forget’ dan mantan Ahli Parlimen Malaysia Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau - kompilasi ucapan beliau berhubung PATI iaitu ‘Suara Parlimen Anda.’

Beliau mendakwa bahawa sejak 1972 hingga kini Sindiket Kad Pengenalan Projek masih berleluasa di Sabah melalui beberapa modus operandi.

Pengundi Sabah dianggap sebagai ‘Fixed Deposit’ oleh pemimpin Persekutuan. Istilah tersebut merujuk kepada ‘penyokong tegar’ Barisan Nasional yang terdiri daripada PATI yang memperoleh kerakyatan secara songsang; [perlu rujukan] yang dijadikan modal setiap parti politik di Sabah untuk meraih sokongan rakyat tempatan.

Kerajaan Persekutuan sebenarnya menanam ‘bom jangka’ di Sabah iaitu melalui kehadiran lebih satu juta PATI yang ditulenkan melalui penganugerahan kad pengenalan projek yang mempunyai nombor tertentu.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]