Muzaf Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzaf Ahmad
Gambar profil Muzaf Ahmad
Lahir1991 (umur 32–33)
Pekan, Pahang, Malaysia
PekerjaanPenulis
BahasaMelayu, Jepun
WarganegaraMalaysia Malaysia
Alma materSekolah Menengah Kebangsaan Seri Rompin, Malaysia, MCKK, Malaysia; Universiti Keio, Jepun
GenreFiksyen: Novel, Cerpen , Sajak dan artikel

Muzaf Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Muzaffar bin Baharudin merupakan salah seorang penulis sastera Malaysia. Beliau merupakan lulusan ijazah sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Keio, Jepun. Antara pendidikan awal beliau adalah di SK Leban Chondong, SMK Seri Rompin dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau mencapai keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 sekaligus terpilih salah seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian (APC-BH) 2008, selain Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal pelajar terbaik SPM 2008.

Beliau juga merupakan seorang penulis sastera di Malaysia. Selain menerbitkan novel, kumpulan puisi dan kumpulan cerpen, beliau memenangi beberapa anugerah sayembara penulisan dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012/2014/2015. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pemenang utama Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) bagi kategori kumpulan puisi tahun 2014 menerusi kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga dan memenangi kategori sama dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018 menerusi buku kumpulan puisi Sepasang Sayap di Bahu.

Bergiat aktif dalam aktiviti dan persatuan kesusasteraan, beliau merupakan mantan peserta program penulisan MASTERA (Puisi) 2017 yang mengumpulkan penyair serantau dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Karya Diterbitkan[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Kuantum Dalam Jemala, 2017

Kumpulan Cerpen[sunting | sunting sumber]

  • Syahid ke Syurga, 2015

Kumpulan Puisi[sunting | sunting sumber]

  • Jaulah Sampai Syurga, 2014
  • Sepasang Sayap di Bahu, 2018

Antologi Kumpulan Puisi[sunting | sunting sumber]

  • Gema Membelah Gema 16, 2011
  • Dandelion, 2012
  • Lebuh Kehidupan, 2013
  • Kota Tulip, 2013

Antologi Kumpulan Cerpen[sunting | sunting sumber]

  • Trem Ke Pintu Syurga, 2012
  • Izrail Sibuk di Gaza, 2013
  • Harga Sebuah Tablet, 2017

Antologi Kumpulan Cerpen & Puisi[sunting | sunting sumber]

  • Aku Kalis Peluru, 2013
  • Tanah Tanpa Peta, 2014
  • Melompat Keluar dari Mimpi, 2015

Kumpulan Artikel[sunting | sunting sumber]

  • Pelangi Dakwah, 2014
  • Ilham Kembara: 21 Catatan Kembara, 2015

Kegiatan Sastera[sunting | sunting sumber]

Penulis merupakan mantan peserta program MASTERA: Puisi 2017 bertempat di Bogor, Indonesia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Hadiah Sastera[sunting | sunting sumber]

  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi cerpen eceran Kanibal Hutan Seberang, 2012
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi puisi eceran Jaulah Sampai Syurga, 2014
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014 menerusi buku kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga, 2014 [1]
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi puisi eceran Denting Waktu, 2015
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016 menerusi puisi eceran Peniup Seruling Marionette, 2015
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia(HSPM) 2017/2018 menerusi buku kumpulan puisi Sepasang Sayap di Bahu, 2017 [2]
  • Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA) ke-9 (2021) menerusi buku kumpulan puisi Sepasang Sayap di Bahu, 2021

Sayembara[sunting | sunting sumber]

  • Tempat kedua Sayembara GKLN bahagian Asia-Australasia 2013
  • Saguhati Pertandingan Mencipta Sajak anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang dan NAFAS 2013
  • Saguhati Sayembara Novel Kanak-Kanak DBP-ANGKASA 2013/2014
  • Saguhati Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi Musim ke-4
  • Finalis Sayembara Puisi Kata-Pilar 2017/2018

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014 KATEGORI A: (BUKU) – HADIAH BERNILAI RM10,000.00 BAGI SETIAP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-26. Dicapai pada 2016-01-09.
  2. ^ Wartawan BH menang Kategori Cerpen Eceran HSPM[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]