Naga Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Naga, oleh Hokusai.

Naga Jepun merupakan pelbagai jenis mahkluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Jepun. Mitos naga Jepun menggabungkan legenda jati dengan cerita-certa naga yang diserap dari China, Korea dan India. Gaya naga ini amat dipengaruhi oleh naga Cina, yang mana ia lazimnya dilukis sebagai makhluk seakan ular gergasi yang tidak bersayap dan bercakar. Seperti naga-naga Asia yang lain, kebanyakan naga Jepun merupakan dewa air yang bersangkut-paut dengan hujan dan jasad air. Bahasa Jepun moden mengandungi pelbagai perkataan bagi "naga", termasuk perkataan jati tatsu dari bahasa Jepun lamata-tu, ryū atau ryō yang diserap dari bahasa Cina lóng , nāga ナーガ dari bahasa Sanskrit nāga, dan doragon ドラゴン dari bahasa Inggeris dragon.

Naga Jepun jati[sunting | sunting sumber]

Rujukan terawal kepada naga dalam bahasa Jepun terdapat dalam naskhah-naskhah sejarah mitos Kojiki (ca. 680 M) dan Nihongi (ca. 720 M). "Dalam sejarah-sejarah terlama ini, naga disebut dalam pelbagai cara," jelas de Visser (1913:135), "tetapi selalunya sebagai dewa air yang berbentuk ular atau naga." Kojiki dan Nihongi menyebutkan beberapa naga purba:

  • Yamata no Orochi 八岐大蛇 "ular gergasi bercabang lapan" ialah seekor naga berkepala lapan dan berekor lapan yang dibunuh oleh dewa angin dan laut, Susanoo, yang menemui Kusanagi-no-Tsurugi (pedang legenda Alat Kebesaran Diraja Jepun) di salah sebatang ekornya.
  • Watatsumi 海神 "dewa laut" atau Ryūjin 龍神 "dewa naga" merupakan penguasa laut dan lautan, dan disifatkan sebagai naga yang mampu bertukar menjadi manusia. Ia tinggal di Ryūgū-jō 龍宮城 "kota istana naga" di dasar laut, di mana ia menyimpan permata pasang surut.
  • Toyotama-hime 豊玉姫 "Puteri Mutiara Menyinar" ialah puteri kepada Ryūjin yang dikatakan merupakan nenek moyang kepada Maharaja Jimmu, iaitu maharaja pertama Jepun yang legenda.
  • Wani 鰐 ialah raksasa laut yang nama diterjemahkan sebagai "ikan yu" dan "buaya".Kuma-wani 熊鰐 "ikan yu/buaya beruang" disebut dalam dua legenda kuno. Salah satunya mengatakan dewa Kotoshiro-nushi-no-kami bertukar menjadi "kuma-wani beragam lapan" dan menjadi ayahanda kepada Toyotama-hime, yang satu lagi berkata kuma-wani mengemudi kapal-kapal Maharaja Chūai dan Maharani Jingū.
  • Mizuchi 蛟 / 虯 ialah seekor naga sungai dan dewa air. Nihongi mencatatkan kisah Maharaja Nintoku yang legenda menyembahkan manusia sebagai korban kepada mizuchi yang dimurkai oleh projek-projek kejuruteraan sungai maharaja tersebut.

Mitos-mitos tentang Maharaja Jimmu selaku keturunan Toyatama-hime membuktikan kepercayaan budaya rakyat bahawa Maharaja-Maharaja Jepun merupakan keturunan naga, oleh itu boleh dibandingkan dengan tradisi Cina yang mana naga itu melambangkan Maharaja China.

Naga Asia yang lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Seekor naga naik ke angkasa dengan Gunung Fuji di latar belakang dalam teraan ukiyo-e dari Pemandangan Gunung Fuji (1897) oleh Ogata Gekkō.