New England

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
New England (merah) di Amerika Syarikat
Plymouth

New England ialah satu kawasan di Amerika Syarikat yang terletak di barat laut negara itu, bersempadan dengan Lautan Atlantik, Kanada dan Negeri New York. Kawasan ini terdiri daripada negeri moden Maine, New Hampshire, Vermont, Massachusetts, Rhode Island, and Connecticut.

Salah satu penempatan awal Inggeris di Dunia Baru, Pilgrim Inggeris dari Eropah pertama kali menetap di New England pada tahun 1620, di koloni Plymouth. Pada akhir kurun ke-18, koloni-koloni di New England menjadi koloni British Amerika Utara pertama menunjukkan semangat untuk bebas daripada Empayar British, walaupun mereka kemudian menentang Perang 1812 di antara Amerika Syarikat dan Britain.

New England menghasilkan karya kesusasteraan dan falsafah pertama dan tempat asal bermulanya pendidikan awam percuma. Pada kurun ke-19, kawasan ini memainkan peranan penting dalam pergerakan menghapuskan perhambaan di Amerika Syarikat. Ia adalah kawasan pertama di Amerika Syarikat yang berubah dengan Revolusi Perindustrian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun sebuah kawasan terkecil dan tidak dirahmati dengan tanah ladang yang luas atau cuaca sederhana, New England memainkan peranan dominan dalam pembangunan Amerika. Dari abad ke-17 sehingga abad ke-19, New England adalah pusat kebudayaan dan ekonomi negara.

Peneroka awal New England dari Eropah adalah Protestan konservatif yang datang untuk mencari kebebasan beragama. Mereka memberikan wilayah ini sistem politik yang unik iaitu mesyuarat pekan (mesyuarat yang dianjur oleh pihak gereja) di mana penduduk berkumpul untuk membincangkan hal semasa.

Penduduk New England mendapati sukar untuk bertani tidak seperti di penduduk di Selatan yang mempunyai tanah subur yang luas. Menjelang tahun 1750, ramai peneroka bertukar kepada pekerjaan lain. Tulang belakang wilayah ini ialah pembinaan kapal, perikanan dan perdagangan. Di dalam urusan perniagaan, penduduk New England dikenali mereka yang bekerja keras, bijak berniaga, cermat dan pintar. Sifat-sifat ini berguna ketika revolusi industri melanda Amerika pada setengah pertama abad ke-19. Di Massachusetts, Connecticut dan Rhode Island, sebagai contoh, kilang baru muncul untuk membuat barangan seperti pakaian, senapang dan jam.