Ngepan Iban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ngepan Iban adalah pakaian tradisional yang digunakan oleh kaum wanita Iban yang berasal dari negeri Sarawak, Malaysia. Ngepan juga digunakan oleh etnik minoriti Iban di Brunei dan Kalimantan Barat, Indonesia. Ngepan Iban digunakan semasa perayaan seperti Hari Gawai dan pertandingan Kumang .[1]

Ngepan Iban
Ngepan Iban yang dipersembahkan ketika pertandingan Kumang Iban 2024 di Sarawak, Malaysia.
JenisBaju Tradisional
BahanPua Kumbu dan Tembaga
Tempat asalSarawakSarawak, MalaysiaMalaysia
PengeluarSarawakSarawak, MalaysiaMalaysia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Ngepan Iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dan rupawan dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan diberi gelaran sebagai Indu Bantang. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai keupayaan menyembuhkan penyakit orang lain.

Ngepan pada Zaman Moden[sunting | sunting sumber]

Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat Iban. Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.

Cara pemakaian Ngepan Indu Iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong.

Sebagai contoh, sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. Selain itu, corak ngepan kain bagi seorang gadis haruslah terang warnanya. Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.

Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.

Perhiasan Ngepan[sunting | sunting sumber]

Ngepan Iban yang dikenakan semasa perayaan khas seperti Pekit Kumang, biasanya dipakai lengkap bersama beberapa hiasan seperti:-

  • Sugu Tinggi
  • Tali Mulung
  • Rawai
  • Tumpa Bentuk
  • Buah Pauh
  • Gelang Kaki @ Gerunchung
  • Sementing Buchai
  • Lampit
  • Sementing Ringgit
  • Selampai
  • Tango

Baju tradisi lelaki Iban pula dikenali sebagai Baju Burung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]