Nick Piantanida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nicholas J. Piantanida
Nick-piantanida.png
Nick Piantanida
Kelahiran Nicholas John Piantanida
15 Ogos 1932(1932-08-15)
Meninggal dunia 29 Ogos 1966 (umur 34)
Philadelphia, Pennsylvania, USA[1]
Warganegara Amerika Syarikat
Terkenal kerana Mencipta rekod altitud belon paling tinggi pada 2 Februari 1966

Nicholas John Piantanida (August 15, 1932 – August 29, 1966) adalah seorang rakyat Amerika pelompat payung terjun amatur yang mencapai 123.500 kaki (37642 meter, 23.39 km)[1][2][3][4] dengan belon Strato Jump II pada 2 Februari, 1966. Beliau terbang dengan menggunakan belon dan mencapai altitud lebih tinggi daripada rekod yang ada pada ketika itu, rekod yang bertahan sehingga dipecahkan oleh Felix Baumgartner pada 14 Oktober 2012.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Piantanida dibesarkan di Union City, New Jersey. Dia mempunyai seorang adik yang bernama Vern. Apabila Piantanida berusia 10 tahun, beliau bereksperimen dengan payung terjun buatan sendiri, beliau telah menggunakan seekor kucing kejiranan yang sesat untuk melakukan ujian payung terjun dari apartmen lima tingkat di mana mereka tinggal. Apabila para jiran mula memaklumkan tentang kejadian itu pada ibu bapanya, beliau telah melakukan eksperimen itu dengan menggunakan badannya sendiri, beliau telah melompat dari bumbung yang agak rendah dan kejadian itu telah mematahkan tangannya. [5]

Sebagai seorang pemuda, Piantanida bermain bola keranjang dalam sebuah liga di Amerika Syarikat. Selepas menghabiskan persekolahan, Piantanida menyertai Tentera Darat Amerika Syarikat. Selepas dia meninggalkan tentera darat, Piantanida dan rakan mendaki beliau, Walt Tomashoff, menjadi orang pertama untuk mendaki laluan di sebelah utara Auyantepui, iaitu sebuah dataran di Venezuela yang Angel Falls turun dari celah berhampiran puncak. Selepas kembali ke Amerika Syarikat, Piantanida bekerja di sebuah kilang sulaman, bermain bola keranjang di pelbagai kolej dan bekerja sebagai pekerja barang besi di Verrazano Narrows Bridge.[6]

Kerjaya Penerjunan[sunting | sunting sumber]

Gondola Strato Jump III di Smithsonian Institution National Air dan Space Museum

Pada tahun 1963, Piantanida tinggal di Brick Township, New Jersey dan memulakan perniagaan menjual haiwan. Pada ketika itu, beliau telah tertarik dengan bidang penerjunan udara. Satu hari apabila beliau menonton acara penerjunan udara berdekatan dengan Lakewood, beliau mula mengambil kelas penerjunan dan kerap melakukan penerjunan. Selepas melakukan beratus-ratus penerjunan dan memperoleh lesen D, beliau mengetahui akan sebuah rekod penerjunan yang dilakukan oleh Yevgeni Andreyev pada ketinggian 83,000 kaki dan telah menetapkan rekod dunia baru bagi penerjuan payung udara paling tinggi pernah dilakukan pada ketika itu. Beliau berhasrat mahu mencipta rekod itu bagi Amerika Syarikat.[1] (rekod yang tidak rasmi, yang Piantanida juga mahu pecahkan, telah dimiliki oleh Joseph Kittinger iaitu warganegara U.S.)

Piantanida mengambil kerja sebagai pemandu trak untuk memberi masa yang cukup bagi melatih dirinya pada hujung minggu dan dia bersungguh-sungguh mempelajari ilmu kaji cuaca, teknologi belon dan sistem kelangsungan hidup[1]; sebagai yang disebut oleh pengarang Craig Ryan, Nick "mengubah dirinya menjadi pengarah program penyelidikan aeronautik dengan diri sendirinya".[6] Beliau memperolehi wang dari penaja, dan, selepas dibantu oleh Senator Amerika Syarikat, Tentera Udara Amerika Syarikat memberinya akses kepada kemudahan latihan dan Syarikat David Clark meminjamkan kepadanya baju tekanan. Beliau membentuk satu pasukan sukarelawan untuk percubaan rekod dunia penerjunan bebas. [5]

Pada 22 Oktober, 1965, Piantanida membuat percubaan pertamanya di dalam belon bernama Strato Jump I. Ia berakhir apabila ricih angin mengoyakkan belon beliau, dengan pengakhiran penerbangan hanya 16,000 kaki (4,900 m) dan memaksa Piantanida melakukan penerjunan yang berakhir dengan pendaratan di St. Paul, Minnesota.

Pada 2 Februari, 1966, dalam usaha keduanya, belon Piantanida yang bernama Strato Jump II dilancarkan dari Joe Foss Field berhampiran Sioux Falls, South Dakota dan mencapai ketinggian yang belum pernah dilakukan oleh manusia sebelum ini dengan menggunakan belon iaitu pada ketinggian 123.500 kaki. Pada ketinggian itu, beliau telah merancang untuk melakukan penerjuan dari belon untuk menetapkan rekod dunia untuk penerjunan paling tinggi, tetapi menghadapi masalah ketika beliau mahu mencabut hos tangki oksigen pada ketika itu. Beliau terpaksa membatalkan pelompatan itu dan menanggalkan gondola dari belonnya, kemudian kembali ke bumi dalam keadaan gondola tanpa belon. Kerana dia tidak kembali ke bumi dengan belon itu, ketinggian gondola itu tidak diiktiraf oleh Fédération Aéronautique Internationale sebagai rekod belon altitud paling tinggi di dunia, dan kerana dia tidak melompat dari gondola belon pada ketinggian 123.500 kaki, beliau juga terlepas memegang rekod penerjuan paling tinggi di dunia.

Pada pagi 1 Mei 1966, Piantanida memakai baju tekanan berwarna oren dan payung terjunnya. Berada dengan rapi di dalam gondola Styrofoam-terlindung dengan saiz sebesar tandas mudah alih,[5] kemudian dengan perlahan, belon itu memulakan perjalan membawa Piantadina ke ketinggian 120,000 kaki dan pada ketika itu Piantadian akan melalukan penerjunan bebas dengan kelajuan super sonik. Walau bagaimanapun, pusat kawalan di bumi mendengar pautan komunikasi dengan Strato Jump III dan terkejut oleh bunyi udara mendesing secara tiba-tiba, dan penerbangan itu dibatalkan. Topeng muka Piantanida telah mengalami penyahmampatan yang tidak terkawal pada ketinggian 57,000 kaki.[7] Pusat kawalan di bumi dengan segera melepaskan balon itu daripada gondolanya pada ketinggian 56,000 kaki (17,000 m) — lebih tinggi dari ketinggian pelayaran bagi jet komersial — dan gondola Piantanida telah kembali ke bumi dengan payung terjun yang terdapat di gondol tersebut. Piantanida hampir tidak terselamat selapas kejatuhan itu, dan kekurangan oksigen yang dialami beliau telah menyebabkan kerosakan otak dan berada dalam keadaan koma yang tidak memulihkan beliau. Piantanida meninggal dunia empat bulan kemudian di Hospital Veteran di Philadelphia, pada 29 Ogos.[1][8]

Gondola Strato Jump III dipelihara dan dipaparkan dalam Boeing Penerbangan Hangar di Smithsonian Muzium Udara dan Angkasa Steven F. Udvar-Hazy Center di Chantilly, Virginia..[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Piantanida adalah Roman Katolik. Nick berkahwin dengan Janice McDowell pada tahun 1963[1][10]dan mereka mempunyai tiga orang anak perempuan: Donna, Diane dan Debbie.[5][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Ryan, Craig (2003). The Pre-Astronauts: Manned Ballooning on the Threshold of Space. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. m/s. 258–269. ISBN 1-55750-732-5. http://books.google.co.uk/books?id=1QS38bu9iTwC&pg=PA267&lpg=PA267&dq=Nick+Piantanida+123,500&source=bl&ots=bQUXfKS1CW&sig=xzT0_3XFlCr7MOD3JRL2YYdxzTw&hl=en&sa=X&ei=31l5ULSbPMSv0QXXpIGoBA&ved=0CDgQ6AEwAQ#v=onepage&q=Nick%20Piantanida%20123%2C500&f=false. 
  2. Ryan, Craig (2003). Magnificent Failure: Free Fall from the Edge of Space. Smithsonian Books. ISBN 978-1588341419. http://books.google.co.uk/books?id=1QS38bu9iTwC&pg=PA267&lpg=PA267&dq=Nick+Piantanida+123,500&source=bl&ots=bQT4nQS7C_&sig=DKQTp-etubHKrQr6no1Y-1KSMn0&hl=en&sa=X&ei=Wzl3UNP_Nsqi0QWXyoCwBA&ved=0CD0Q6AEwBTgK#v=onepage&q=Nick%20Piantanida%20123%2C500&f=false. 
  3. Betancourt, Mark (July 2012). "The 120,000-Foot Leap". Air & Space/Smithsonian. http://www.airspacemag.com/flight-today/Bullet-Man.html?c=y&page=1. Capaian October 20, 2012. 
  4. "Chutist Changes Mind 123,500 Feet in Sky", February 2, 1966. Dicapai pada October 13, 2012. 
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 Sherman, Ted. "A deadly fall: 46 years ago, a Jersey daredevil died while trying to set record", October 12, 2012. Dicapai pada October 20, 2012. 
  6. 6.0 6.1 6.2 McKay, Brett & Kate (October 7, 2010). "Skydiving from Space Part II: Nick Piantanida’s "Magnificent Failure"". The Art of Manliness. http://artofmanliness.com/2010/10/07/skydiving-from-space-part-ii-nick-piantanidas-magnificent-failure/. Capaian October 20, 2012.  This article mistakenly gives Piantanida's date of death as August 25, 1966.
  7. "Magnificent Failure: Free Fall From the Edge of Space". Amazon.com. http://www.amazon.com/Magnificent-Failure-Free-Fall-Space/dp/1588341410. Capaian October 20, 2012. 
  8. "Nicholas Piantanida, Parachutist In Coma for 4 Months, Dies at 33", August 29, 1966. Dicapai pada October 21, 2012.  This headline mistakenly says Piantanida was 33 years old.
  9. "Gondola, Strato-Jump III". Smithsonian National Air and Space Museum. Smithsonian Institution. http://airandspace.si.edu/collections/artifact.cfm?id=A19740008000. Capaian October 20, 2012. 
  10. Vaughan, Roger (13). "Heroic Sky-Dive Venture". Life 60 (19): 32–39. http://books.google.co.uk/books?id=IVYEAAAAMBAJ&pg=PA37&dq=janice+mcdowell+%2BPiantanida&hl=en&sa=X&ei=JReIUKHFHcHK0QXxqIG4BA&ved=0CDwQ6AEwAg#v=onepage&q=janice%20mcdowell%20%2BPiantanida&f=false. Capaian October 24, 2012.