Nitrat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur dan ikatan ion nitrat. Ikatan N-O mempunyai kekuatan antara ikatan tunggal dan ikatan ganda dua.

Dalam kimia tak organik, sesuatu nitrat merupakan sejenis garam daripada asid nitrik. Nitrat merupakan satu ion yang mempunyai satu atom nitrogen dan tiga atom oksigen (NO3). Dalam kimia organik, ester asid nitrik dan pelbagai alkohol dipanggil nitrat. Nitrat dalam makanan, terutamanya dari sayur-sayuran ditukarkan dalam saluran pencernaan manusia kepada nitrit yang bertibdak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamina karsinogenik.

Ciri kimia[sunting | sunting sumber]

Ion nitrat merupakan sejenis ion poliatom dengan formula empirik NO3-, dan mempunyai jisim molekul 62.0049. Ia merupakan bes konjugat asid nitrik, dan terdiri daripada satu atom nitrogen pusat dikelilingi oleh tiga atom oksigen sama dalam susunan satah segi tiga. Ion nitrat membawa cas formal satu negatif, di mana stiap oksigen membawa cas -2/3 manakala nitrogen membawa cas +1, dan sering digunakan sebagai contoh resonans.

Hampir setiap garam nitrat tak organik adalah larut dalam air pada suhu dan tekanan piawai.

Dalam kimia organik, nitrat merupakan kumpulan berfungsi dengan formula am RONO2 di mana R merupakan sisa organik. Mereka merupakan ester asid nitrik dan alkohol yang dibentuk melalui penitroksilan. Contoh termasuk metil nitrat yang dibentuk melalui tindak balas antara asid nitrik dan metanol, nitrat asid tartarik, yang diberi nama nitrogliserin yang tidak begitu sesuai.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]