Normala Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Normala Omar
Kelahiran (1958-07-03) 3 Julai 1958 (umur 65)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1976–kini
PasanganZulkifli Zain (k. 1975; m. 2020)
Anak-anak5 (termasuk Norzizi)

Datin Normala binti Omar (lahir 3 Julai 1958) ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam televisyen dan filem. Beliau ialah isteri kepada pelakon Zulkifli Zain.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Normala berkahwin dengan pelakon Zulkifli Zain pada 17 Disember 1975 dan dikurniakan lima anak. Anak-anak beliau hasil perkongsian hidup bersama Zulkifli ialah Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.[1]

Zulkifli meninggal dunia pada 5 September 2020. Normala mendedahkan dalam satu temuramah bahawa perkahwinannya bersama Zulkifli tidak direstui keluarga.[2]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pada Ramadan 2016, Normala patah kaki kiri akibat terjatuh dari katil menyebabkan beliau tidak dapat bergerak untuk menjaga suaminya.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Tiada Esok Bagimu Azian
1980 Detik 12 Malam Farah
1981 Sesejuk Air Mata Ibu
Serampang Tiga Kasputri
1992 Kelisa
1995 Kecil-Kecil Cili Api
1997 Jogho Mek Yah
2000 Anaknya Sazali Guru Besar Fadilah
2004 I Know What You Did Last Raya Umi Fazzly
2005 Potret Mistik Pengetua
Cinta Fotokopi Ummi
Lady Boss Datin Mala
2008 Selamat Pagi Cinta Ibu Suci

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syafiqah Jalal (18 Disember 2019). "Contohi pasangan artis yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga" - Sambut ulang tahun ke-44, Zulkifli Zain dan Normala Omar dipuji Astro Gempak. Dicapai pada 14 September 2020.
  2. ^ Normala, Zulkifli setia harungi dugaan Harian Metro. 7 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
  3. ^ Normala Omar: Tak sangka kami sakit pun sama-sama My Buletin Malaysia. 27 Julai 2016. Dicapai pada 15 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]