Notasi ABC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Notasi ABC, atau nama rasminya, abc notation (notasi abc, semua huruf kecil), ialah sebuah bentuk tatatanda atau notasi muzik trengkas. Dalam bentuk asasnya, ia mengguna huruf A hingga G bagi mewakili not muzik tertentu, dicampur unusur-unsur lain bagi menambah tanda nilai kepada not-not—syap, flet, tempoh (duration), kei, dan ornamentasi muzik.

Beberapa orang nampak potensi penggunaan notasi ini sebagai satu cara penggunaan kod ASCII yang dapat membantu perkongsian muzik dalam talian, sekali gus juga menambah satu bahasa yang mudah dan baharu bagi pembangun perisian komputer. Dalam bentuk ini, Notasi ABC kekal sebagai satu bahasa notasi muzik yang menggunakan set aksara ASCII. Notasi ABC awal ditulis Chris Walshaw dan beberapa orang lain, dan walaupun dirumus dalam bentuk sekarang, kemudahan menulis notasi pada keratan kertas, sampul surat dll, berbanding tablatur dan Solfeggio masih dikekalkan. Karya Chris Walshaw dan rakan-rakannya yang pada asalnya direka untuk kegunaan buat lagu-lagu tradisional Eropah, (yang secara tipikal merupakan melodi satu suara yang dapat ditulis pada satu staf dalam notasi muzik standard) penyumbang kepada perisian ini telah mengembangkan senarai aksara dan pengepala dalam sintaksis yang juga boleh menyokong metadata setiap lagu.[1]

Notasi ABC boleh disunting dengan menggunakan apa jua perisian editor teks oleh sebab ia berlandaskan ASCII. Namun, kini terdapat banyak perisian Notasi ABC yang menawarkan beberapa kemudahan, termasuk kemudahan untuk membaca dan memproses notasi abc, termasuklah penggunaan fail MIDI dan sebagai notasi dotted. Perisian sedemikian terdapat untuk kebanyakan sistem komputer, termasuk Microsoft Windows, Unix/Linux, Macintosh, PalmOS, dan juga perisian dalam talian (sesawang).[2]

Perisian pihak ketiga terkemudian membolehkan output langsung (memintas pangatur huruf TeX), dan memanjangkan sintaksis bagi menyokong lirik yang seiring dengan not,[3] notasi suara dan staf berganda,[4] tablatur, dan MIDI.

Sejarah notasi abc ASCII[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980-an, Chris Walshaw menulis cebisan lagu tradisional/rakyat menggunakan huruf bagi mewakili not muzik sebelum beliau memepelajari notasi standard Barat. Beliau kemudian mengguna perisian MusicTeX bagi membuat tatatanda muzik begpaip Perancis, dan bagi menghapuskan kebosanan menulis kod MuzicTeX, beliau menulis perisian pemproses bahagian depan bagi menjana perintah TeX. Kod ini kemudiannya berubah menjadi program abc2mtex.[5] J

Piawaian[sunting | sunting sumber]

Piawai abc yang mutakhir diterbitkan pada 21 Disember 2011.[6] Piawai ini merupakan pemerian teks sintaksis ABC, dan membersihakan kebanyakan kekaburan yang terkandung dalam dokumen 2.0 Draft Standard (yang timbul daripada panduan pengguna versi 1.6 tahun 1996 program asal Chris Walshaw, abc2mtex. Henrik Norbeck menerbitkan BNF pemerian piawai 2.1 pada tahun 1997.

Pada tahun 1997, Steve Allen mendaftarkan jenis media MIME text/vnd.abc dengan IANA.[7] namun, usaha ini bertemu masalah keranan pendaftaran pada aras teratas MIME memerlukan Request for Comments (RFC) penuh.[8]

Selepas minat mengnyah beberpa kekaburan yang terdapat dalam Draft 2.0 perbincangan diadakan dan piawai baharu dan rasmi dikeluarkan sebagai ABC 2.1. Pengarang asal, Chris Walshaw pulang kepada projek dan versi-versi hadapan akan dikenali sebagai ABS 2.2 dan ABC 2.3.


Contoh[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah contoh notasi abc:

X:1
T:Ali Pasa
O:Turkey
C:Trad.
Z:http://voluntocracy.org/Music
Q:1/4=150
M:5/4
L:1/4
K:C
V:1 name="voice" snm="voc"
GGc c2 | c/2B/2 B/2A/2 c/2B/2 B2 |\
B A G/2A/2 A2 | A/2G/2 G/2F/2 A/2G/2 G2 |
G G G/2c/2 c2 | c/2B/2 B/2A/2 c/2B/2 B2 |\
B/2c/2 A G/2A/2 A2 | A/2G/2 G/2F/2 A/2G/2 G2 |
|: FAA AG/2F/2 | EGG GF/2E/2 | DFF E/2D/2C | D E/2D/2 C/2B,/2 C2 :|
|: z5 | z5 | z5 | z5 :|
V:2 name="santur" snm="sant"
L:1/8
"C"C2 G,CEG cGEG| CEG,CEC "G7"G,B,DB,| G,B,DGDB, "F" F,A,CA,| F,A,CA,FA, "C"CEGE|
"C"C2 G,CEG cGEG| CEG,CEC "G7"G,B,DB,| G,B,DGDB, "F" F,A,CA,| F,A,CA,FA, "C"CEGE|
|:"F"F,CA,CF,C "G7"G,B,DB,| "C"CEGcGE "A7"A,E^CA| "Dm"DFAdAF "C"CEG,C| "G7"G,B,DB,G,B, "C"CEGE :|
L:1/4
|: "F"F[AF][AF] "G7"[AF][G/2E/2][F/2D/2]| "C"[EC][GE][GE] "A7"[AE]F/2E/2| "Dm"D[DF][DF] "C"E/2D/2C|   
  "G7"[DB,] G,/2A,/2 B, "C"C2 :|
W:Arrangement Copyright (C) 2000 Voluntocracy.
W:Permission is granted to copy and distribute modified or unmodified versions of this music
W:provided the copyright notice and this permission notice are preserved on all copies and the
W:entire such work is distributed under the terms of a permission notice identical to this one.

Barisan-barisan bahagian pertama tatatanda ataupun notasi lagu, yang bermula dengan huruf yang diikuti tanda titik bertindih, menunjukkan pelbagai aspek lagu seperti indeks, bilangan lagu dalam fail (X:), tajuk (T:), tanda masa (M:), panjang not lalai (L:), jenis lagu (R:) dan kei (K:). Baris selepas kei mewakili lagu. Perkataan atau lirik (W:) ialah cadangan kepada piawai.

Contoh di atas dapat dialih kepada notasi muzik standard dengan menggunakan alat pengalih abc; contoh, perisian abcm2ps menghasilkan imej berikut yang mengandungi notasi standard dan juga lirik:

AliPasa.png

Contoh tambahan terdapat di laman Chris Walshaw yang memaparkan ciri-ciri asas abc, melainkan rihat (rest) yang ditulis sebagai "z".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Walshaw, Chris. "abc music notation :: introduction". abcnotation.com. Diperoleh pada March 1, 2008. 
  2. Walshaw, Chris. "abc music notation :: history". abcnotation.org.uk. Diperoleh pada March 1, 2008. 
  3. Methfessel, Michael. "abc2ps". Diarkibkan daripada asal pada February 12, 2008. Diperoleh pada March 1, 2008. 
  4. Moine, Jean-François. "abcm2ps". Diperoleh pada March 1, 2008. 
  5. Walshaw, Chris. "abc music notation :: software". abcnotation.org.uk. Diperoleh pada March 1, 2008. 
  6. "The abc music standard 2.1 (Dec 2011)" Last accessed 21 Dec 2011.
  7. "Registration of MIME media type text/vnd.abc". Diperoleh pada March 1, 2008. 
  8. Allen, Steve. "ABC as a MIME type". Diperoleh pada March 1, 2008. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman kolaboratif

Recently abc has been implemented as a means of composing and editing music collections in collaborative environments. Several examples of Wiki environments that have been adapted to use abc are:

  • AbcMusic, plugin for MediaWiki. Note: This implementation uses GNU LilyPond as the underlying rendering engine. LilyPond comes packaged with a script, abc2ly, that converts ABC notation to LilyPond. The extension calls abc2ly then LilyPond.
  • MusicWiki, a Python plugin implementation for MoinMoin
  • AbcMusic for displaying abc notation in PmWiki
  • Traditional Music Wiki A collaborative source for traditional music using a tailored version of the AbcMusic plugin
  • abc plugin for displaying abc notation in DokuWiki. This plugin uses Jef Moine's abcm2ps package as the rendering engine. It optionally uses abc2midi (available from the ABC Plus Project) to produce midi audio output.
  • abcjs plugin for displaying abc notation on any web page. This allows abc to be stored as text on the server and rendered client-side.
  • Zap's abc an Android application combining abcm2ps, abc2midi and a bit of abc4j into a tool for composing in your pocket. Online help
  • The multiplayer game Lord of the Rings Online now uses the abc notation to allow players to convert and play any midi music file in game. The players play the music by having their character play the corresponding instrument in the game itself.
Laman tentang Notasi ABC dan sejarahnya