MediaWiki

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
MediaWiki
MediaWiki logo
Pembangun Yayasan Wikimedia
Keluaran terkini 1.11.1 / 23 Januari 2008
OS Silang pelantar
Terdapat dalam Aneka bahasa
Kegunaan: Wiki
Lesen Lesen Awam Am GNU
Laman web mediawiki.org (Inggeris)

MediaWiki ialah sebuah perisian wiki berdasarkan web. Perisian ini digunakan oleh semua projek di bawah kelolaan Yayasan Wikimedia, semua wiki yang didaftarkan di Wikia, dan wiki-wiki persendirian. Asalnya, MediaWiki dibangunkan sebagai memenuhi keperluan untuk mengurus ensiklopedia Wikipedia yang mempunyai kandungan bebas, tetapi pada hari ini ia juga digunakan oleh syarikat-syarikat sebagai perisian pengurusan pengetahuan dalaman dan juga sebagai sistem pengurusan kandungan. Novell ialah contoh sebuah syarikat yang menggunakan MediaWiki sebagai perisian pengurus bagi sebahagian daripada tapak-tapak webnya.

MediaWiki ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan sistem pengurusan pangkalan data MySQL atau PostgreSQL. MediaWiki ialah sebuah perisian bebas dan diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar