OH-6 Cayuse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
OH-6 Cayuse/"Loach"
OH-6 Right side.jpg
Peranan Helikopter peninjau ringan
Pengeluar Hughes Tool Co. - Aircraft Division
Penerbangan sulung 27 Februari 1963
Diperkenalkan 1966
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Dikeluarkan 1965-kini
Kos seunit AS$ 860,000[perlu rujukan]
Kelainan MH-6 Little Bird
MD 500
MD 500 Defender

OH-6 Cayuse (nama panggilan "Loach") adalah sebuah helikopter ringan berenjin tunggal yang digunakan untuk mengangkut anggota, melaksankan misi mengiring dan menyerang serta tinjauan. Hughes juga membangunkan Model 369 sebagai sebuah helikopter awam. Hughes Model 500 kini dikeluarkan oleh MD Helicopters.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Helikopter OH-6 Cayuse buatan Hughes berkhidmat di Vietnam sebagai sebuah helikopter peninjau ringan (LOH) dan dipanggil Loach. Helikopter ini mempunyai enjin Allison T63-A-5A yang memberikan kuasa 253-shp. Prototaip helikopter ini melakukan penerbangan sulung dalam bulan Februari 1963. Helikopter ini memulakan khidmat dengan tentera Amerika Syarikat dalam tahun 1966. Helikopter ini memenangi pertandingan untuk pembekalan helikopter LOH mengalahkan helikopter FH 1100 rekaan Fairchild Hiller dan rekaan Bell Helicopter. Rekaan Bell kemudiannya dikembangkan menjadi Bell 206 (dan kemudiannya OH-58 Kiowa)

OH-6A Cayuse mempunyai prestasi tinggi dan bunyi yang kurang bising khususnya disebabkan penggunaan rotor 4 bilah dan saiznya yang kecil. Helikopter ini akan terbang rendah untuk mengacum musuh supaya menembak supaya kedudukan musuh dapat dikesan. Helikopter ini digandingkan sebagai “Pink Team” dengan helikopter penyerang AH-1 Cobra.

Helikopter OH-6A Cayuse boleh tahan menerima tembakan teruk dan masih berupaya pulang dengan selamat. Helikopter ini boleh dilengkapkan dengan sistem senjata M27 dengan senjata minigun M134 di sebelah kiri pesawat dan sepucuk mesingan M60D 7.62mm di sebelah kanan.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 30 kaki 10 in - 32 kaki 2 in (9.4 m - 9.8 m)
  • Diameter rotor: 27 kaki 4 in (8.33 m)
  • Tinggi: 8 kaki 6 in - 11 kaki 2 in (2.6 m - 3.4 m)
  • Berat kosong: 1,975 lbs (896 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 3,549 lbs (1,610 kg)
  • Loji kuasa: 1× 1x Allison T63-A-5A atau T63-A-700 turboshaft, 317 hp (236 kW)

Prestasi

Persenjataan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]