Objek Sihir Harry Potter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam dunia sihir Harry Potter, terdapat barangan ajaib yang digunapakai dan ada yang hidup seolah-olah mempunyai otak sendiri. Antaranya ialah:

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Penyapu[sunting | sunting sumber]

Serbuk Floo[sunting | sunting sumber]

Pintu Gerbang[sunting | sunting sumber]

Pintu gerbang atau portkey adalah suatu benda biasa, contohnya kasut but atau piala yang dijadikan sebagai "alat pengangkutan" sihir, dengan cara menyentuhnya dan kemudian menyebut kata sihir tertentu. Mekanismanya seperti yang dilihat di dalam film Star Trek, yang terkenal dengan alat pengangkutnya, yang mengubah jirim yang berjisim lalu bertukar menjadi tenaga dan kemudian ditukar kembali kepada jirim di tempat destinasi yang dituju.

Permaidani Terbang[sunting | sunting sumber]

Seperti dalam legenda-legenda mistik Arab, permaidani terbang turut wujud dalam dunia sihir Harry Potter. Hal ini disebut dalam buku keempat iaitu Harry Potter dalam Piala Api. Walau bagaimanapun, pengangkutan begini agak kurang cekap kerana mudah dilihat oleh Muggle.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pemutar Masa[sunting | sunting sumber]

Hermione Granger telah menggunakan pemutar masa ini untuk memudahkan dia menghadiri sesuatu kelas yang lain pada masa yang sama. Selain itu, fungsi pemutar masa ini juga membolehkan Hermione kembali pada masa yang telah lalu. Dia telah mendapat pemutar masa tersebut daripada Profesor McGonagal setelah mendapat kelulusan Kementerian Sihir. Rahsia itu terbongkar apabila dia dan Harry ingin menyelamatkan Sirius Black di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban. Pemutar masa berfungsi dengan menganjakkan masa si pemakai ke belakang selama sejam setiap kali satu putaran.

Peta Penjarah[sunting | sunting sumber]

Peta ini merupakan peta yang menunjukkan segala laluan Hogwarts dan sekitarnya serta turut memaparkan laluan rahsia dan kedudukan setiap orang. Peta ini telah dicipta oleh Moony, Wormtail, Padfoot dan Prongs. Peta ini pernah disita oleh Filch tetapi telah ditemui oleh Fred dan George Weasley dan kini digunakan oleh Harry Potter.

Pensieve[sunting | sunting sumber]

Pensieve merupakan sebuah bekas berbentuk besen batu yang mengandungi cecair perak. Cecair perak tersebut adalah memori yang dikeluarkan dari otak dengan menggunakan tongkat sakti. Sesiapa jua boleh memasuki ke dalam memori yang terdapat di dalam pensieve dengan memasukkan kepala atau badan ke dalamnya. Harry pernah memasuki pensieve Profesor Dumbledore dan Profesor Snape tanpa sengaja.

Posyen[sunting | sunting sumber]

Barangan Sihir Weasley[sunting | sunting sumber]

Batu Hikmat[sunting | sunting sumber]

Kodok Coklat[sunting | sunting sumber]

Cermin Ajaib Sirius[sunting | sunting sumber]

Horcrux[sunting | sunting sumber]

Horcrux merupakan nama bagi objek tempat seseorang dapat melindungkan sebahagian rohnya. Walaupun jasadnya diserang atau dimusnahkan, namun mereka tidak akan mati kerana sebahagian daripada roh mereka masih lagi kekal.

Lord Voldemort telah memecahkan rohnya kepada 7 bahagian yang menurutnya nombor yang ajaib dan berkuasa. Harry dan Albus Dumbledore telah pergi ke suatu tempat yang pada keyakinan Dumbledore merupakan dimana tempat salah satu Horcrux disembunyikan namun Dumbledore telah mensia-siakan tenaganya apabila memperoleh Horcrux palsu. Horcrux sebenar telah dicuri oleh R.A.B. Horcrux Voldemort telah dimusnahkan kesemuanya dalam siri terakhir iaitu Harry Potter dengan Azimat Maut.

Howler[sunting | sunting sumber]

Jubah Halimunan[sunting | sunting sumber]

Harry telah menerima Jubah Halimunan sebagai hadiah Krismas pada tahun pertamanya daripada pengetua Hogwarts, Professor Dumbledore. Jubah Halimunan berfungsi melindungi Harry dan kelihatan Harry telah lesap. Ia juga adalah harta pusaka dari ayahnya, James Potter.

Cermin Tarsah[sunting | sunting sumber]

Gambar dan Potret[sunting | sunting sumber]

Remembrall[sunting | sunting sumber]

Sebuah bola kecil yang akan mengeluarkan kepulan asap merah apabila seseorang yang terlupa akan sesuatu ketika memegangnya. Pada tahun pertama, Neville Longbottom telah menerima sekotak hadiah daripada neneknya dan mendapati ia adalah remembrall.

Sneakoskop[sunting | sunting sumber]

Topi Pengisih diletakkan di atas kepala Harry Potter.

Topi Pengisih[sunting | sunting sumber]

Topi pengisih adalah topi yang menentukan rumah seseorang pelajar yang baru. Topi pengisih akan diletakkan di kepala setiap murid tahun pertama di Hogwarts dan akan melaungkan rumah yang bakal diduduki oleh pelajar tersebut. Topi pengisih menceritakan sendiri yang dia pernah wujud ketika Hogwarts mula diasaskan lagi.

Catur Sihir[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.