Senarai Tempat siri Harry Potter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Di dalam siri Harry Potter terdapat beberapa kawasan yang telah dibina oleh J. K. Rowling sama ada rekaan atau bukan. Tempat-tempat ini adalah untuk membantu perkembangan cerita bersiri ini. Kawasan-kawasan dibahagikan kepada Perumahan, Sekolah, Kawasan Membeli-Belah dan bangunan berkaitan dengan kerajaan.

Perumahan[sunting | sunting sumber]

The Burrow

The Burrow[sunting | sunting sumber]

Kawasan rumah keluarga Weasley ini dikenali sebagai The Burrow atau Burrow terletak di kawasan Ottery St. Catchpole/ St. Catchpole Ottery yang turut menempatkan keluarga sihir lain termasuklah keluarga Lovegood, Diggory dan Fawcett. The Burrow pernah menjadi markas utama bagi Kumpulan Phoenix untuk bermesyuarat sehinggalah sihir yang melindungi kawasan ini dari penceroboh luput.

Rumah ini terdapat tujuh tingkat. Walaupun keadaan agak rapuh dan usang, namun, ia kekal utuh disebabkan sokongan oleh kuasa sihir. Walaupun rumah itu agak usang, namun Harry Potter menyatakan bahawa ini merupakan tempat kedua kegemarannya selepas Hogwarts. Kawasan kebun yang berdekatan rumah ini telah dijadikan padang latihan Qudditch untuk ahli keluarga ini bermain termasulah untuk satu-satunya anak perempuan keluarga ini iaitu Ginny Weasley. Walau bagaimanapun, bola Quidditch yang sebenar tidak digunakan kerana bimbangkan bola tersebut akan terlepas ke kawasan perumahan Muggle. Kawasan taman mereka turut mempunyai Gnome liar yang berkeliaran yang merosakkan taman mereka. Namun, mereka dibiarkan kembali sungguhpun telah dibasmi (dengan memusing-musing makhluk itu sebelum melontarnya ke kawasan yang lebih jauh) kerana ayah mereka, Arthur Weasley menganggap bahawa maklhuk itu adalah lucu.

Keluarga ini turut mempunyai sebuah jam yang unik dan agak luar biasa kerana setiap satu jarum jam tersebut mewakili setiap ahli keluarga. Berbanding jam biasa yang menggunakan nombor, jam keluarga ini menunjukkan aktiviti atau keadaan seseorang ahli keluarga itu. Tidak diketahui jika terdapat jam yang sama di kawasan lain kerana ibu mereka, Molly Weasley pernah membuat kenyataan bahawa beliau belum pernah melihat jam yang menjalankan fungsi yang serupa untuk keluarga lain.

Seekor Hantu Pemakan Mayat/Jembalang/Ghoul berada di atas rumah ini dan akan sentiasa membuat bising dengan mengerang atau mengetuk dinding dan paip apabila rumah ini terlalu senyap. Di dalam Azimat Maut, hantu ini telah ditukarkan dengan kuasa sihir untuk menggantikan Ron yang tidak berada di sekolah. Hantu itu telah diubah supaya kelihatan seperti Ron sedang mengalamai penyakit Spattergroit.

Rumah Keluarga Potter di Godric's Hollow

Godric's Hollow[sunting | sunting sumber]

Godris's Hollow merupakan satu kampung rekaan di dalam siri Harry Potter. Dengan Hogsmeade yang hanya tinggal sebagai satu-satunya penempatan yang kesemua penduduknya adalah ahli sihir di Britain, Godric's Hollow telah menjadi penemapatan bagi kaum Muggle (bukan ahli sihir). Kampung ini merupakan tempat kediaman dan tempat persembunyian terakhir bagi James Potter dan Lily Potter sebelum dibunuh oleh Lord Voldemort pada 31 Oktober 1981 dan pada masa yang sama merupakan tarikh di mana anak mereka, Harry mendapat parut yang berbentuk kilat di dahinya. Godric's Hollow juga merupakan kampung asal bagi salah seorang pengasas Hogwarts, Godric Gryffindor yang namanya telah dijadikan nama kampung ini sendiri. Di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, Harry pernah mendedahkan keinginannya untuk melawat kubur ibu dan ayahnya di Godric's Hollow bersama sahabatnya Hermione Granger. Setibanya di sana, beliau mendapat tahu tanah perkuburan yang berdekatan gereja di sana bukan sahaja tempat bersemadi ibu dan ayahnya, malah merupakan tempat persemadian ramai ahli sihir yang terkenal termasuklah Ignotus Peverell, Kendra Dumbledore (ibu Albus Dumbledore ) dan juga Ariana Dumbledore (adik perempuan Albus Dumbledore ). Apabila beliau tiba di rumah Bathilda Bagshot, beliau telah dikejutkan dengan serangan oleh ular peliharaan Voldemort, Nagini dan Voldemort sendiri. Walau bagaimanapun, kedua-dua Harry dan Hermione berjaya melepaskan diri.

Lucius Malfoy yang berada di dalam rumahnya.

Rumah Besar Keluarga Malfoy[sunting | sunting sumber]

Rumah Besar Keluarga Malfoy atau lebih dikenali sebagai Malfoy Manor di dalam novel Harry Potter berbahasa Inggeris ialah sebuah rumah rekaan yang berupa sebuah rumah besar milik Keluarga Malfoy yang pertama kali muncul dalam Azimat Maut. Rumah tersebut dikatakan terletak di selatan England di kawasan desa Wiltshire, dan merupakan rumah bagi keluarga aristokrasi Malfoy. Ia didiami oleh beberapa watak antagonis yang utama iaitu Lucius Malfoy, Narcissa Malfoy, dan Draco Malfoy sebelum Bellatrix Lestrange berpindah masuk. Rumah itu dulu pernah mepunyai khidmat seekor elf rumah iaitu Dobby yang telah dibebaskan oleh Lucius Malfoy secara tidak sengaja dalam Bilik Rahsia.[1].

Dari satu jalan yang menghubungi jalan besar, ia bertemu ke satu lorong yang mempunyai pintu pagar besi yang ditempa (dan disihir) supaya apabila ada tetamu yang datang, pintu tersebut akan menyoalkan tujuan tetamu tersebut datang. Di sisi lorong tersebut pula terdapat sebuah pagar pokok renek yang dijaga rapi. Di sebalik pintu pagar tersebut pula terdapat sebuah taman yang mempunyai pancuran air dan juga seekor merak putih yang berkeliaran bebas. Di hujung jalan masuk pula mempunyai tingkap-tingkap yang mempunyai rangka yang disepuh dengan berlian yang akan bersinar menjelang malam. Di bahagian dalam rumah itu pula adalah satu ruang yang amat besar, lorong masuk yang mewah yang diterangi oleh cahaya yang malap dan dindingnya pula dihiasi dengan potret-potret yang bermuka pucat. Lantainya pula dilapis dengan permaidani yang indah dan menganggumkan. Terdapat satu lorong yang menuju ke bilik lukisan yang dihiasi dengan perabot yang mewah dan satu perapian marmar yang di atasnya terdapt cermin yang disepuh dengan emas yang berkilauan.

Rumah besar tersebut pernah digunakan sebagai markas untuk Lord Voldemort dan para Death Eater nya berkumpul. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga ahli keluarga ini agak kurang senang dengan kehadiran Lord Voldemort: Lord Voldemort telah berkata bahawa beliau hanya nampak yang Bellatrix sahaja yang kelihatan gembira dengan kehadirannya. Di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, beberapa orang watak yang pernah dikurung di ruang bawah tanah rumah ini seperti Luna Lovegood, Dean Thomas, Griphook si Goblin dan En. Ollivander. Apabila Geng Pencuri berjaya menangkap Harry, Ron dan Hermione, mereka telah dibawa ke sini, namun mereka berja melepaskan diri dengan bantuan Dobby. Keempat-empat penghuni rumah tersebut telah dikenakan hukuman berkurung oleh Voldemort dan akhirnya dibebaskan supaya dapat bertarung dalam Pertempuran di Hogwarts. Rowling telah menyatakan bahawa babak Draco Malfoy dan Theodore Nott berbicara di taman rumah ini telah dipotong dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia dan Harry Potter dalam Piala Api.[2]

Grimmauld Place

Nombor Dua Belas,Grimmauld Place[sunting | sunting sumber]

Nombor Dua Belas, Grimmauld Place adalah nama tempat rekaan kononya rumah itu adalah milik keluarga Black sejak turun-temurun. Nama tempat ini mungkin berasal dari gabungan beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu "grim old place" atau "Grim's Old Place" seperti yang telah ditunjukkan oleh empunya rumah ini sendiri iaitu Sirius Black yang dikatakan merupakan satu grim; lambang sial berbentuk anjing hitam (sebenarnya Sirius ialah seorang animagi yang boleh berubah menjadi seekor anjing hitam). Struktur rumah ini berbentuk gaya rumah teres Georgia.

Antara perabot yang terdapat di dalamnya ialah satu kain dewangga yang menunjukkan salah-silah keturunan Black dan satu potret ibu Sirius Black, Walburga Black yang telah disihrkan supaya kekal melekat di dinding rumah itu. Di rumah itu juga terdapat satu elf rumah yang amat setia kepada ahli keluarga ini (kecuali Sirius) yang bernama Kreacher. Elf rumah ini walau bagaimanapun telah diwariskan kepada Harry Potter setelah kematian Sirius. Di dalam rumah ini juga terdapat satu potret milik salah seorang Pengetua Hogwarts iaitu Phineas Nigellus Black dan satu susunan plak yang terdapat kepala-kepala elf yang telah dipenggal apabila elf-elf tersebut telah terlalu tua untuk berkhidmat.

Rumah ini juga telah disihirkan supaya tidak dapat dikesan oleh Muggle hinggakan menjadi suatu kebiasaan bagi golongan Muggle yang menjadi penduduk di sana untuk menyangka yang sebenarnya tidak terdapat rumah di antara rumah nombor sebelas dan rumah nombor tiga belas. Setelah Sirius ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Azkaban, rumah ini telah terbiar selama berbelas tahun tanpa jagaan yang sempurna yang menyebabkan rumah ini berselerak, berdebu dan berbahaya. Setelah Sirius melarikan diri dari Penjara Azkaban, rumah ini telah menjadi markas sementara bagi Kumpulan Phoenix untuk bermesyuarat dan akhirnya rumah ini telah diwariskan kepada Harry Potter oleh bapa angkatnya, Sirius Black setelah kematiannya.

Harry yang berada di tanah perkuburan Little Hangleton

Little Hangleton[sunting | sunting sumber]

Little Hangleton merupakan kampung rekaan yang terdapat di dalam siri Harry Potter. Ia pernah muncul beberapa kali terutamanya di dalam Piala Api dan Putera Berdarah Kacukan. Ia merupakan tempat asal bagi Lord Voldemort kerana ayahnya (Tom Riddle Sr.) dan ibu beliau (Merope Gaunt) berasal dari perkampungan ini. Perkampungan ini terdiri daripada lembah yang landai dan dikelilingi oleh bukit-bukau. Di satu bahagian kawasan ini menempatkan satu gereja dan tanah perkuburan kampung ini. Di bahagian yang lebih atas terletaknya Rumah Riddle iaitu rumah keturunan aristokrasi Keluarga Riddle yang merupakan tuan tanah kepada kawasan ini. Di sebelah satu lagi bahagian yang bertentangan, terdapat satu rumah yang menempatkan satu keluarga keturunan darah tulen Salazar Slytherin yang terakhir. Keluarga ini agak anti-sosial, iaitu Keluarga Gaunt. Kotej ini terletak di satu kawasan yang mempunyai jalan yang agak bersimpang-siur yang mendaki lembah ini. Little Hangleton merupakan kawasan Harry Potter dan Lord Voldemort pernah bertarung.[HP4]

Little Whinging

Little Whinging[sunting | sunting sumber]

Little Whinging terletak di Surrey, England, dan merupakan satu kawasan rekaan yang terletak di bahagian selatan London. J. K. Rowling mereka kawasan ini supaya kelihatan biasa dan mempunyai reka bentuk stereotaip rumah-rumah di London yang direka untuk membezakan keunikan dan keluarbiasaan Hogwarts. Nama "Little Whinging" ialah satu kata yang dianggap lucu dalam perkataan bahasa Inggeris iaitu whingeing, yang juga mempunyai maksud yang sama seperti whining.[perlu rujukan]

Nombor Empat Privet Drive, Little Whinging, ialah rumah bagi Harry Potter, di mana beliau tinggal bersama mak cik, pak cik dan sepupunya iaitu Keluarga Dursley. Beliau telah tinggal di sana semenjak beliau berusia 15 bulan lagi, yang sebelumnya telah tinggal di Godric's Hollow . Walau bagaiamanapun, semenjak permulaan sesi persekolahan di Hogwarts, beliau jarang menetap di sini lagi kecuali semasa cuti musim panas. Di dalam novel dan filem, rumah ini merupakan rumah yang dihormati dan jua merupakan satu perumahan yang agak membosankan kerana jiran-jirannya sering menjaga tepi kain orang lain (terutamanya Harry Potter) Bagi Harry kawasan ini agak menjengkelkannya kerana persekitaran yang kejam terhadapnya. Puan Figg, yang tinggal dalam jarak dua lorong yang berasingan (hanya seberang depan rumah Nombor Empat dalam filem) mengetahui rahsia Harry kerana beliau adalah seorang ahli Kumpulan Phoenix sungguhpun beliau merupakan seorang Squib (ahli sihir yang tidak tahu menggunakan sihir) yang telah ditugaskan oleh Albus Dumbledore untuk menjaga Harry. Di dalam Kumpulan Phoenix, Albus Dumbledore telah mendedahkan sebab mengapa Harry perlu kembali ke sana sekuran-kurangnya sekali setahun.

Pemilik rumah yang digunakan dalam filem Harry Potter (alamat asal ialah 12 Picket Post Close, Bracknell, Berkshire) mendapat kesukaran untuk menjualnya pada Julai 2003, sungguhpun rumah itu sebenarnya dapat dijual dengan harga yang tinggi. Walau bagaimanapun, rumah ini akhirnya berjaya dijual pada 2 April, 2004 dengan harga £239,950.

Rumah Keluarga Riddle[sunting | sunting sumber]

Rumah Keluarga Ridle ialah sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan rekaan, Little Hangleton dan merupakan bekas rumah bagi Keluarga Riddle, iaitu keluarga sebelah bapa bagi Voldemort (Tom Marvolo Riddle). Ia pertama kali muncul dalam Harry Potter dalam Piala Api sebagai lokasi pembunuhan Frank Bryce (penjaga rumah keluarga ini). Rumah tersebut dikatakan antara rumah terindah jika dibandingkan dengan rumah-rumah lain di kawasan Little Hangleton. Voldemort telah membunuh ayah, datuk dan neneknya di sini. Di kawasan ini jugalah kawasan di mana Voldemort berjaya mengembalikan susuk tubuhnya yang asal iaitu berdekatan dengan kubur orang tuanya: ketika itu rumah keluarga ini sudahpun mula mereput dan dipenuhi semak-samun.

Narcissa Malfoy dan Bellatrix Lestrange di hadapan rumah Severus Snape di Hujung Spinner

Hujung Spinner[sunting | sunting sumber]

Hujung Spinner atau dikenali sebagai Spinner's End dalam novel Harry Potter berbahasa Inggeris ialah sebuah kawasan rekaan yang pertama kali disebutkan di dalam buku keenam iaitu Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Ia merupakan sebuah kawasan jalanan Muggle yang terletaknya rumah musim panas bagi Severus Snape.[3] Ia digambarkan sebagai beberapa jalan yang diperbuat daripada batu-batu daripada jenis yang serupa. Jalan ini terletak berhampiran dengan sebuah sungai yang penuh dengan sampah dan kelihatan juga sebuah cerobong asap dari kilang yang berdekatan.

Pintu depan rumah Snape terus menghubungkan ke arah satu ruang bilik yang agak gelap, lantai yang bertompok-tompok dan dinding yang dipenuhi dengan buku,[4] perabot-perabot yang lusuh, dan diterangi oleh cahaya lampu yang dipenuhi lilin yang tergantung dari siling. Terdapat sebuah pintu kolong yang menuju ke arah anak tangga yang sempit. Di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut didedahkan juga bahawa Lily Evans dan Petunia Dursley juga tinggal di kawasan yang sama dengan Snape.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Hogwarts[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Hogwarts

Beauxbatons[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Beauxbatons

Durmstrang[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Durmstrang

Kawasan Membeli-belah[sunting | sunting sumber]

Diagon Alley[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diagon Alley

Hogsmeade[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Hogsmeade

Knockturn Alley[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Knockturn Alley


Kawasan Umum[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [HP2], chapter 18
  2. http://www.jkrowling.com/textonly/en/extrastuff_view.cfm?id=5 Malfoy & Nott (Chamber of Secrets/Goblet of Fire)
  3. Granger, John (2006). Looking for God in Harry Potter. Tyndale House Publishers. m/s. 182. ISBN 1414306342. 
  4. Lackey, Mercedes (2006). Mapping the World of Harry Potter. BenBella Books. m/s. 50. ISBN 1932100598. 
Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

Batu Hikmat buku filem
Bilik Rahsia buku filem
Banduan Azkaban buku filem
Piala Api buku filem
Kumpulan Phoenix buku filem  
Putera Berdarah Kacukan buku filem  
Azimat Maut buku (filem)  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku