Olympic Broadcasting Services

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Olympic Broadcasting Services S.L.
Kerangka
KependekanOBS
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
TujuanPenyiaran
Tapak webwww.obs.tv
LinkedIn: obs-madrid---olympic-host-broadcaster Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk2001; 23 tahun yang lalu (2001)
Pengurusan
Organisasi indukJawatankuasa Olimpik Antarabangsa
Lokasi
Ibu pejabatMadrid, Sepanyol
Lokasi
  • Sepanyol Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanSedunia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Olympic Broadcasting Services S.L. (OBS) merupakan sebuah syarikat yang ditubuh oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 2001 untuk memainkan peranan sebagai organisasi Penyiar Tuan Rumah bagi semua Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik, Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Olimpik Belia. Hal ini bertujuan untuk menjamin mutu penyiaran bagi semua edisi Sukan Olimpik.[1] Berpangkal di Madrid, Sepanyol, syarikat tersebut beroperasi sebagai salah satu syarikat subsidiari Olympic Broadcasting Services S.A. (yang berpangkal di Lausanne, Switzerland) yang dimilik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa melalui Yayasan Olimpik.[2][3]

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Jurukamera Olympic Broadcasting Services yang sedang membuat liputan bagi 10km renang maraton lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Sebagai Penyiar Tuan Rumah, OBS bertanggungjawab untuk menyampaikan siaran imej dan suara bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik kepada berbilion penonton di seluruh dunia. Mereka akan menghasilkan dan menyiarkan liputan radio dan televisyen secara langsung bagi semua acara sukan dari semua tempat pertandingan. Siaran ini dikenali sebagai Signal Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Signal) atau Siaran Dunia (bahasa Inggeris: World Feed) dan akan diedarkan sebagai perkhidmatan penyiaran oleh semua organisasi penyiaran yang telah membeli hak penyiaran televisyen dan radio bagi temasya tersebut (dikenali sebagai Rights Holding Broadcasters atau RHB).

Dengan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengelola temasya tersebut, OBS mengurus pembangunan prasarana yang diperlukan (termasuk Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang merupakan tapak utama bagi operasi penyiaran OBS dan RHB semasa temasya berlangsung) serta prasarana di tempat pertandingan Sukan Olimpik yang lain untuk menjamin penerbitan penyiaran yang berjaya. OBS juga menawarkan perkhidmatan, peralatan dan bekalan tambahan kepada RHB untuk membantu mereka menerbitkan penerbitan unilateral.

Pada Sukan Olimpik 2008, OBS menjadi Penyiar Tuan Rumah buat kali yang pertama.[2] Sebelum itu, peranan tersebut adalah diberikan kepada Jawatankuasa Pengelola temasya tersebut atau kepada penyiar pihak ketiga.[1]

[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Broadcasters". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Dicapai pada 5 Ogos 2016.
  2. ^ a b "Fact File". Olympic Broadcasting Services. Dicapai pada Ogos 5, 2016.
  3. ^ "OBS - OLYMPIC BROADCASTING SERVICES". Linkedin. Dicapai pada 5 Ogos 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]