Malay Film Productions Ltd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malay Film Productions Ltd.
Jenis terdahulu Persendirian
Industri Perfileman
Nasib Dibubarkan
Ditubuhkan Singapura (1937)
Pengasas
Dibubarkan 1967
Ibu pejabat No. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura
Tempat dibekalkan
  • Malaysia
  • Singapura
Perancang utama
  • Runme Shaw
  • Run Run Shaw
Keluaran produksi 159 buah filem
Servis
Laman web shaw.sg

Malay Film Productions Ltd. (atau MFP) merupakan sebuah syarikat dan studio perfileman yang terletak di Jalan Ampas, Singapura. Runme Shaw dan Run Run Shaw telah bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhan studio ini. Syarikat ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem bermula daripada penubuhannya hinggalah tahun 1967.[1]

Sejarah penubuhan dan perkembangan[sunting | sunting sumber]

Runme Shaw dan Run Run Shaw telah membuat studio filem mereka sendiri pada tahun 1937. Mereka juga telah menghasilkan sebanyak empat filem berbahasa Melayu. Antara filem yang sempat dibuat sebelum peperangan bermula ialah Ibu Tiri, Mutiara, Bermadu, Tiga Kekaseh, Hanchor Hati, Terang Bulan di Malaya dan Mata Hantu.[1]

Pembikinan filem Toping Saitan telah terganggu berikutan Perang Dunia Kedua. Studio ini telah dirampas semasa pendudukan Jepun. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, mereka telah membelanjakan sebanyak $1,000,000 untuk membina semula kemudahan studio. Studio filem yang terbaru telah dinamakan sebagai Malay Film Productions. Tempatnya beralamat No. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura.[1]

Mereka telah menghasilkan filem pertama selepas perang Singapura di Waktu Malam pada tahun 1947. Filem berunsur komedi dan drama ini diarahkan oleh B. S. Rajhans dan menampilkan Siput Sarawak dan Bakhtiar Affendi sebagai pelakon utama. Filem ini telah ditayangkan di pawangam Alhambra di Singpura pada 15 November 1947.[1]

Pengarahan filem[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, mereka menggunakan orang Cina untuk menjadi pengarah dalam pembuatan filem-filem Melayu. Kemudian, mereka menggantikan pengarah Cina dengan pengarah India kerana gaya pengarahan dari mereka cenderung kepada orang Melayu. Orang Melayu juga menggemari filem-filem India kerana kedua-dua bangsa tersebut boleh dihubung kaitkan dengan plot serta budaya masing-masing. Selain itu, lagu Bollywood dan gaya tarian dalam filem Melayu bukan hanya dinikmati oleh orang Melayu bahkan kepada kebanyakan orang Cina dari Singapura. Mereka juga mempunyai beberapa barisan pengarah India yang kukuh untuk dua dekad seterusnya seperti yang dikenali dalam pengarahan filem Melayu antaranya B. S. Rajhans, S. Ramanathan, L. Krishnan, KRS Shastry, Phani Majmudar, Kidar Sharma, Dhiresh Ghosh, K. M. Basker dan B.N. Rao.[2]

B. S. Rajhans telah meneruskan kejayaannya dengan filem-filem hit untuk empat tahun seterusnya. Antara filem tersebut termasuklah Chempaka (1947), Pisau Berachun (1948) dan Chinta (1948). Dalam filem Chinta, beliau telah memberikan watak penjahat kepada seorang pemuda yang tidak dikenali yang ditemui pada festival muzik di Bukit Mertajam. Seorang penyanyi latar belakang yang berusia 19 tahun ini telah menyediakan vokal untuk watak utama S. Roomai Noor yang pada akhirnya menjadi legenda pada zamannya. Pemuda tersebut adalah P. Ramlee.[2]

Zaman kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Malay Film Productions Ltd. hanya bertahan untuk 20 tahun selepas penghasilan filemnya yang pertama pada tahun 1947. Faktor utama yang membawa kepada kegagalan industri filem Melayu bermula pada lewat 1960-an. Antaranya ialah kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif. Selain itu, kemasukan filem asing yang berwarna Indonesia, Hong Kong dan Hollywood juga telah menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan studio ini. Di samping itu, perpindahan P. Ramlee dari Jalan Ampas untuk menyertai Merdeka Film Productions telah mengurangkan peranan Singapura sebagai sebuah pusat perfileman.[1]

Studio tersebut yang terletak di Jalan Ampas telah ditutup pada tahun 1967. Semasa zaman kegemilangannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem. Filem terakhir yang dikeluarkan oleh studio tersebut ialah Raja Bersiong yang dikeluarkan pada tahun 1968 hasil arahan Jamil Sulong.[1]

Senarai filem terbitan MFP[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai filem terbitan MFP yang tidak lengkap dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Tajuk asal Tahun Pengarah Pelakon
A-Go-Go '67 1967 Omar Rojik Aziz Jaafar, Noor Azizah, Norma Zainal, Kuswadinata, S. Shamsuddin, Ibrahim Pendek
Abu Hassan Penchuri 1955 B.N. Rao P. Ramlee, Mariam Rahim, Mohd. Hamid, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Malik Sutan Muda
Adek Ku 1956 B.N. Rao Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, Saloma, Haji Mahadi, Siti Tanjung Perak, Malik Sutan Muda, Omar Suwita, Mohd. Hamid
Ayer Mata 1953 K. M. Basker Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, Siti Tanjung Perak, Habibah
Aksi Kuching 1966 Omar Rojik Aziz Sattar, Zaiton Abdullah, Normadiah, M. Zain, S. Shamsuddin, Ahmad Daud

Rujukan[sunting | sunting sumber]