Onomatopoeia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Onomatopoeia (dari Yunani: ονοματοποιία[1] lakuran όνομα onoma = nama[2] dan ποιέω poieō, = "saya buat/lakukan"[3] yakni "saya mencipta nama"), keratabahasa[4] atau bunyi ajukan[5] adalah perkataan menggambarkan objek sasaran daripada bunyi dihasilkan yang didengarinya. Perkataan ini boleh didapati sebagai kata nama (contohnya nama haiwan seperti "ruak-ruak", "hudhud") atau kata kerja (contoh: dering, debar, kicau, ciap, cebur, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...).

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

William George Maxwell dan kemudiannya Richard James Wilkinson menghujahkan bahawa ada beberapa rangkaian kosa kata dalam bahasa Melayu yang boleh ditentukan seikat makna tersirat melalui persamaan suku kata, antaranya:[6]

  • buah, buntal, buli, bunting seciri maksud tersirat bermuka melentur lengkung dengan suku kata bu-
  • kata-kata berhujung bunyi sengauan velar (diwakili ڠng) menunjukkan kesan maksud tersirat diinderakan berkala lebih terpanjang atau berterusan seperti panjang, pandang, gong, gantung, gemilang dan sebagainya, lawannya yang diinderakan bersifat buntu atau terkerat berhujung bunyi hentian glotis (diwakili ق-k) seperti dalam kata-kata lekuk, cangkuk dan sebagainya.

Penerapan lanjut[sunting | sunting sumber]

Ia banyak diterapkan dalam karya seni jenis komik untuk menggambarkan kesan bunyi persekitaran latar cerita; teknik ini dipelopori pekomik Amerika Syarikat Roy Crane semasa mengkaryakan siri komik Washington Tubbs pada tahun 1924.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ὀνοματοποιία, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
  2. ^ ὄνομα, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
  3. ^ ποιέω, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
  4. ^ Jyh Wee Sew (2018) "Pendekatan Keratabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Asing". Electronic Journal of Foreign Language Teaching. Centre for Language Studies, National University of Singapore. 15, Suppl. 1: 214–228
  5. ^ Collins, J.T. (1986). Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  6. ^ Wilkinson, Richard J. (Januari 1936). "Onomatopoeia in Malay". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 14 (3 (126)): 72–88. JSTOR 41559855.
  7. ^ DeForest, Tim (2004). Storytelling in the Pulps, Comics, and Radio: How Technology Changed Popular Fiction in America. McFarland. m/s. 115. ISBN 9780786419029.