PERFIMA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PERFIMA atau nama penuhnya Perusahaan Filem Malaysia Sdn. Bhd. merupakan sebuah pertubuhan yang diwujudkan dalam tahun 1970. Tujuannya ialah untuk memajukan industri perfileman, dengan matlamat sebagai penerbit filem, pengedar, penayang dan ataupun membina pawagam. Ia diasaskan oleh P. Ramlee bersama Jins Shamsuddin, Salleh Ghani, H. M. Shah dan Jaafar Abdullah.

Modal awal PERFIMA diusahakan melalui edaran dua buah filem Indonesia pada bulan November 1972 yang bertajuk Kabut Bulan Madu dan Wajah Seorang Laki-Laki hasil pertolongan pelakon Turino Djunaidy.

Ibu pejabat tetap PERFIMA kemudian telah berpindah daripada Shah Motel, Petaling Jaya ke No. 281, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (berhadapan dengan Institut Penyelidikan Getah Malaysia).

Pada akhir bulan Februari 1973, H. M. Shah dan P. Ramlee mengundur diri dari PERFIMA, berikutan berlakunya perbezaan pendapat dengan pucuk pimpinan.