Pantai Timur Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pantai Timur Amerika Syarikat, juga dikenali sebagai Pinggir Laut Timur atau Pinggir Laut Atlantik dan dengan kerap dipendekkan kepada Pantai Timur, merujuk kepada pantai paling timur di Amerika Syarikat bersempadan dengan Lautan Atlantik. Negeri-negeri yang memiliki pesisiran di Pantai Timur ialah, dari utara ke selatan, negeri AS Maine, New Hampshire, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New York, New Jersey, Delaware, Maryland, Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan, Georgia, dan Florida.

Geografi fizikal[sunting | sunting sumber]

Pantai Timur ialah pantai timbulan rendah dan pinggiran pasif.[1] Pantai ini dibentukkan oleh pengglasieran Pleistosen ke selatan sejauh New York, dengan pulau-pulau luar pesisir Nantucket, Block Island, Fishers Island, Long Island dan Staten Island hasil morain hujung. Arus hanyutan susur pesisir telah membentukkan siri selang-seli pantai benteng yang memagari perum dari Perum Long Island ke arah selatan di sepanjang pantai tidak diglasierkan. Dataran pantai memanjang ke arah selatan, terpisah dari daerah-daerah Piedmont oleh garisan musim luruh Pinggir Laut Atlantik sungai-sungai Pantai Timur, sering menandakan pangkal pelayaran, tapak utama kota.

Pinggir laut ini terdedah kepada hurikan pada musim hurikan Atlantik, secara rasmi berlangsung dari 1 Jun ke 30 November, sungguhpun hurikan boleh berlaku sebelum ataupun selepas tarikh ini.[2]

Sejarah penjajahan[sunting | sunting sumber]

Dua belas daripada Tiga Belas Jajahan United Kingdom di Amerika utara yang kemudian menjadi negeri-negeri asal Amerika Syarikat, setiap antaranya diasaskan pada antara 1607 (Virginia) dan 1733 (Georgia), berada di sepanjang Pantai Timur.[lower-alpha 1] Dua buah negeri AS tambahan di Pantai Timur bukan antara Tiga Belas Jajahan asal: Maine (dijajah oleh Perancis, tetapi kemudian menjadi jajahan British Massachusetts pada 1677)[3] dan Florida (yang bertukaran pihak antara British dengan Sepanyol sehingga 1821).[4] Jajahan Pertengahan (New Jersey, Pennsylvania, New York dan Delaware) telah dimiliki oleh Belanda sebagai Belanda Baru sehingga ditawan oleh British pada pertengahan ke hujung abad ke-17. Tambahan, banyak nama tempat di sekitar Pantai Timur boleh dijejaki ke nama tempat di UK, seperti Richmond, Boston, York dan bandar-bandar berpenghujung 'borough' dan 'shire', atau ke ahli diraja atau elit British (contohnya, Raja George, Raja James, Ratu Mary, Pembesar Baltimore, atau Raja Charles I).[petikan diperlukan]

Geografi politik[sunting | sunting sumber]

14 buah negeri yang berpesisiran di Pantai Timur ialah, dari utara ke selatan, negeri AS Maine, New Hampshire, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New York, New Jersey, Delaware, Maryland, Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan, Georgia, dan Florida.[5] Vermont, sungguhpun tidak berpesisiran dengan pesisiran Atlantik, dianggap antara negeri "Pinggir Laut Timur".Templat:Whom?[petikan diperlukan]

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, penduduk negeri yang berpesisran di Pantai Timur dianggarkan pada 112,642,503 (36% daripada jumlah penduduk seluruh negara).[6]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Lebuh Raya antara Negeri utama di sepanjang Pantai Timur ialah Lebuh Raya antara Negeri 95.[7]. Pantai Timur, dari Norfolk, Virginia ke Miami, Florida, tersambung oleh Jalan Air Intrapesisiran, juga dikenali sebagai Terusan Pantai Timur, yang disiapkan pada 1912.[8][9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Jajahan itu merupakan New Hampshire, Massachusetts Bay, Rhode Island dan Providence Plantations, Connecticut, New York, New Jersey, Delaware, Maryland, Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan, dan Georgia. Pennsylvania ialah jajahan ke-13, tidak termasuk di sini kerana tidak berpesisiran dengan Pantai Timur dan laluan untuk ke sana adalah melalui Sungai Delaware.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Physical Geography, page 575, Robert E. Gabler, James F. Petersen, L. Michael Trapasso, and Dorothy Sack
  2. Frequently Asked Questions: When is hurricane season, Neil Dorst, Hurricane Research Division, NOAA
  3. 1500-1667: Contact & Conflict, Maine History Online, Maine Historical Society
  4. A Brief History of Florida: From the Stone Age to the Space Age, Division of Historical Resources, Florida Department of State
  5. General Reference Map, National Atlas of the United States, 2003
  6. 2010 Census: Resident Population Data
  7. Let's Go Roadtripping USA: The Student Travel Guide, page 31, Harvard Student Agencies
  8. Moon Florida Gulf Coast, page 373, Laura Reiley
  9. Ponte Vedra Beach: A History, page 89, Maurice J. Robinson