Paul Newman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paul Newman
Newmanl.jpeg
Paul Newman dalam Cool Hand Luke, 1967
Kelahiran Paul Leonard Newman
26 Januari 1925(1925-01-26)
Tinggi 5 kaki 8 inci (1.73 meter)
Pasangan Jackie Witte (1949-1958)
Joanne Woodward (1958-kini)

Paul Leonard Newman (26 Januari 192526 September 2008) ialah pelakon ikonik serta pengarah filem Amerika Syarikat yang juga merupakan pemenang Anugerah Akademi, Glob Keemasan, Anugerah Cannes, serta Anugerah Emmy. Beliau adalah pengasas syarikat Newman's Own, sebuah syarikat makanan yang menderma kesemua keuntungan dan royaltinya kepada pertubuhan-pertubuhan amal. [1] Sehingga tahun 2006, derma-derma syarikatnya melebihi AS$200 juta.

Pada 26 September 2008, Newman meninggal dunia di kediamannya di Westport, Connecticut, akibat komplikasi kesan barah paru-paru.[2][3][4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Newman dilahirkan di Shaker Heights, Ohio yang terletak berhampiran dengan Cleveland kepada Theresa Fetzer dan Arthur S. Newman, pemilik kedai runcit. Arthur, bapa Newman, adalah seorang Yahudi dan anak kepada pendatang-pendatang Eropah, Simon Newman dan Hannah Cohn, [5] manakala ibunya seorang anak Hungary yang mengamalkan Sains Kristian.

Newman berkhidmat untuk Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II di kancah Pasifik. Sebelum menyertai perkhidmatan, beliau menyertai Universiti Ohio di Athens, Ohio dan di sana, beliau diinisiasi ke dalam fraterniti Phi Kappa Tau. Newman memperoleh ijazahnya daripada Kolej Kenyon selepas peperangan dan kemudian belajar pelakonan di Universiti Yale dan Studio Pelakon di Bandaraya New York.

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Semasa menyertai sekolah siswazah di Universiti Yale, Newman menjadi pelakon pentas yang berjaya di Bandaraya New York. Kemunculan buat pertama kalinya di teater Broadway ialah dalam pementasan asal William Inge, Perkelahan, dengan Kim Stanley. Beliau kemudian muncul dalam pementasan-pementasan asal Broadway, Jam-jam Terdesak, (The Desperate Hours) dan Burung Manis Masa Muda (Sweet Bird of Youth) dengan Geraldine Page. Newman kemudian membintangi dalam versi filem Burung Manis Masa Muda dengan Page.

Filem pertamanya, Piala Perak (The Silver Chalice) (1954), telah diperihalkan oleh Newman sendiri sebagai "filem yang paling buruk dalam seluruh dekad 1950-an", tetapi beliau berbalik dengan peranan-peranan sanjungan seperti Ada Orang Di Atas Yang Suka Akan Aku (Somebody Up There Likes Me) (1956) sebagai petinju Rocky Graziano, dan Kucing di atas Bumbung Timah Panas di samping Elizabeth Taylor.

Newman menghadiri uji lakon dengan James Dean untuk peranan Cal Trask dalam Di Arah Timur Eden (East of Eden), tetapi Dean memenangi peranan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]