Peanuts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peanuts ialah sebuah siri jalur komik harian bersindiket yang dikarang dan dilukis oleh Charles M. Schulz, yang disiarkan mulai 2 Oktober 1950 hingga 13 Februari 2000 (hari selepas Schulz meninggal). Jalur komik ini merupakan salah sebuah siri komik yang tersohor dan paling berpengaruh dalam sejarah komik, dan "boleh dianggap sebagai cerita yang terpanjang pernah diceritakan oleh seorang insan," menurut Profesor Robert Thompson dari Universiti Syracuse. Pada zaman kemuncaknya, Peanuts disiarkan di dalam lebih 2,600 akhbar, dan menikmati sambutan 355 juta pembaca di 75 negara, dan diterjemah ke 21 bahasa lain.[1] Peanuts membantu menjadikan komik jenaka empat petak sebagai format piawaian di Amerika Syarikat.[2] Cetakan semula komik ini masih di disindiketkan dan diterbit dalam banyak suratkhabar.

Tambahan pula, Peanuts mencapai kejayaan besar bagi rancangan khas televisyennya, antaranya termasuk A Charlie Brown Christmas[3] dan It's the Great Pumpkin, Charlie Brown[4] yang meraih atau dicalonkan untuk Anugerah Emmy. Rancangan istimewa perayaan tersebut masih agak popular dan kini disiarkan melalui rangkaian ABC di Amerika Syarikat ketika perayaan yang berkenaan.

Watak[sunting | sunting sumber]

Charlie Brown
Watak utama yang juga seorang lebai malang yang disukai ramai. Dia seorang kanak-kanak yang dikuasai kecekalan dan harapan yang tiada penghujungnya, namun dia pada dasarnya diselubungi kebimbangan dan kelemahannya, maka dia sering dibayangi dan diambil kesempatan oleh rakan-rakan sebayanya.
Snoopy
Anjing beagle peliharaan Charlie Brown yang menjadi antara watak kartun yang paling terkenal di dunia. Walaupun dirinya tidak boleh bercakap seperti manusia, namun Snoopy dilihatkan "berkata-kata" melalui gelembung fikiran dalam lukisan komik. Snoopy juga unik kerana mempunyai beberapa alter ego sebagai perkembangan watak ini, termasuklah World War I Flying Ace (juruterbang pesawat pertempuran ala Perang Dunia I) dan Joe Cool (kaki lepak yang berkaca mata hitam). Sepanjang penyiaran siri komik ini, Snoopy juga diketahui mempunyai adik-beradik, iaitu Marbles, Spike, Belle, Andy dan Olaf.
Linus van Pelt
Sahabat karib Charlie Brown yang amat pintar dan berperanan sebagai si ahli falsafah dan pakar agama. Dia jarang sekali dilihat tanpa selimut biru kesayangannya.
Lucy van Pelt
Kakak kepada Linus yang merengus dan sinis dan sering berkelakuan buruk terhadap watak-watak lain dalam komik, terutamanya adiknya sendiri dan Charlie.
Woodstock
Burung kuning yang menjadi kawan karib Snoopy semenjak bertemu apabila sarangnya terbiar di atas perut Snoopy ketika berbaring. Nama Woodstock digunakan sejak tahun 1970 bersempena sebuah pesta muzik pada tahun sebelumnya.
Sally Brown
Adik perempuan Charlie Brown yang pemalas dan suka bersenang-lenang. Dia menghadapi masalah selalu tersasur penggunaan kata dalam perbualan dan penulisan.
Marcie
Watak bercermin mata.
Peppermint Patty
Rakan karib Marcie yang bersifat kelelakian.
Schroeder
Watak yang mahir bermain piano.
Franklin
Watak berketurunan Afrika-Amerika yang pertama diperkenalkan.
Pig-Pen
Watak yang paling kotor.
Rerun van Pelt
Adik kepada Lucy dan Linus.

Watak-watak yang tidak kelihatan[sunting | sunting sumber]

  • Watak-watak orang dewasa (terutamanya, kesemua ibu bapa kepada watak kanak-kanak; guru Linus van Pelt, Miss Othmar, idola besbol Charlie Brown Joe Shlabotnik, dan nenek Linus yang benci selimut). Watak orang dewasa dalam kebanyakan kartun animasi Peanuts hanya kedengaran sebagai bunyi-bunyi trombon (woh-woh-woh) yang tidak difahami penonton.
  • The Great Pumpkin, yang dipercayai Linus sebagai bekerja di petak tanaman labu yang paling ikhlas untuk menghantar hadiah kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik. The Great Pumpkin mungkin atau tidak mungkin wujud.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Saying Goodbye: Friends and family eulogize cartoonist Charles Schulz" 22 Februari 2000 Pamela J. Podger San Francisco Chronicle
  2. The comics: since 1945 Brian Walker 2002 Harry N. Abrams, Inc (New York)
  3. "Past Winners Database: 1965-1966 18th Emmy Awards" The Envelope LA Times
  4. "Past Winners Database: 1966-1967 19th Emmy Awards" The Envelope LA Times

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibuku
Wikibuku mempunyai satu buku topik mengenai
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: