2 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Oktober 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXIII | ||||||
2 Oktober merupakan hari ke-275 (hari ke-276 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 90 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa [sunting]
- 1187 - Pengepungan Baitulmuqaddis: Tentera Dinasti Ayubiyyah yang dipimpin Salahuddin al-Ayyubi menawan Baitulmuqaddis, memulakan Perang Salib Ketiga.
- 1535 - Penjelajah Perancis Jacques Cartier (gambar) melayari Sungai Saint Lawrence dan tiba di sebuah kubu Iroquois di pulau yang kini dikenali sebagai Montréal.
- 1835 - Askar berkuda (dragoon) Mexico yang dihantar untuk melucutkan senjata peneroka di Gonzales, Texas mendapat tentangan hebat daripada militia Texas, pertempuran bersenjata pertama Revolusi Texas.
- 1925 - Pencipta Scotland John Logie Baird berjaya menghantar gambar televisyen pertama dengan imej skala kelabu.
- 1928 - Santo Josemaría Escrivá menubuhkan Opus Dei, sebuah pertubuhan pekerja sukarela gereja sedunia bagi Gereja Katolik Rom.
- 1950 - Jalur komik sindiket Peanuts oleh Charles M. Schulz diterbitkan buat pertama kali di akhbar utama.
- 1996 - Kegagalan pekerja penyenggaraan membuang pita yang menutup liang statik pesawat menyebabkan Penerbangan 603 Aeroperu terhempas ke laut berhampiran Lima, Peru.
- 2006 - Presiden Zambia, Levy Mwanawasa dilantik menjadi presiden sekali lagi untuk musim kedua.
- 2007 - Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand.
- 2009 - Rio de Janeiro, Brazil, dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016.
- 2010 - Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 2011 - Lebih 700 peserta protes Wall Street ditahan kerana menghalang trafik di Bandar Raya New York.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||