Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
13 Februari merupakan hari ke-44 dalam kalendar Gregory. Tinggal 321 hari (atau 322 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1542 - Catherine Howard, ratu kelima Henry VIII dari England, dihukum mati kerana berzina.
- 1575 - Henry III dari Perancis daimahkotakan di Rheims.
- 1635 - Sekolah awam pertama di Amerika Syarikat, Boston Latin School, ditubuhkan.
- 1668 - Sepanyol mengiktiraf Portugal sebagai negara merdeka.
- 1689 - Revolusi 1688: Putera Wales James Francis Edward Stuart tidak menaiki takhta, sebaliknya kakaknya Mary Stuart (gambar) dan suaminya William III dari Orange diisytiharkan sebagai pemerintah bersama England dan Ireland.
- 1880 - Thomas Edison mencerap Kesan Edison, yang kemudian menjadi asas diod tiub vakum John Ambrose Fleming.
- 1881 - Pejuang hak mengundi untuk wanita terkemuka Perancis Hubertine Auclert (gambar) melancarkan akhbar kewanitaan La Citoyenne di Paris.
- 1931 - New Delhi menjadi ibu negara India British.
- 1934 - Kapal wap Cheliuskin buatan Soviet karam di Lautan Artik.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Bomber Command RAF memulakan pengeboman strategik Dresden di Sachsen, Jerman, menyebabkan ribut api maut yang membunuh ribuan orang awam.
- 1960 - Perancis menguji bom atom pertamanya.
- 1960 – Pengasingan kaum di Amerika Syarikat: Pelajar kolej Amerika Afrika mengadakan mogok duduk Nashville pertama di tiga kaunter makan tengah hari di Nashville, Tennessee.
- 1971 - Perang Vietnam: Pihak Vietnam Selatan menyerang Laos dengan bantuan tentera udara Amerika Syarikat.
- 1974 - Aleksandr Solzhenitsyn, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1970, diusir dari Kesatuan Soviet.
- 1984 - Konstantin Chernenko menggantikan Yuri Andropov sebagai setiausaha agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 1990 - Rancangan dua peringkat untuk menyatukan semula Jerman mencapai kata sepakat.
- 1991 - Perang Teluk: Dua butir "bom pintar" berpandukan laser memusnahkan sebuah bunker di Baghdad. Bunker tersebut digunakan sebagai kota kara perhubungan tentera dan juga tempat berlindung bagi orang awam Iraq.
- 2000 - Jalur komik "Peanuts" yang terakhir disiarkan di akhbar sehari selepas Charles M. Schulz meninggal dunia.
- 2008 - Perdana Menteri Kevin Rudd memohon maaf terhadap orang asli Australia dan generasi yang dirompak.
- 2010 - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- 2010 - Pengeboman sebuah kedai roti Pune, India, membunuh 17 orang dan mencederakan 60 yang lain.
- 2010 - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- 2012 - Di tengah-tengah bantahan, Parlimen Greece meluluskan langkah jimat cermat oleh kerajaan campuran sementara negara itu.