Peleraian paparan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peleraian paparan yang biasa ditemui.

Peleraian (atau resolusi) paparan televisyen digital atau komputer biasanya memaksudkan bilangan piksel di setiap dimensi yang boleh dipaparkan. Namun begitu, istilah ini mungkin tidak jelas sangat, terutamanya kerana leraian yang dipaparkan itu dipengaruhi oleh faktor-faktor berbeza dalam tiub sinar katod (CRT) dan paparan panel leper atau unjuran yang menggunakan tatasusunan elemen (piksel) gambar malar.

Salah satu penggunaan "resolusi digital" diaplikasi pada paparan tatasusunan piksel malar seperti panel paparan plasma (PDP), paparan hablur cecair (LCD), projektor pemprosesan cahaya digital (DLP), atau teknologi-teknologi seumpamanya, iaitu bilangan lajur dan baris piksel yang menghasilkan paparan (cth., 1280×1024). Salah satu kesan paparan piksel malar ini ialah, bagi input video berbilang format, semua paparan memerlukan "scaling-engine" (sejenis pemproses video digital yang merangkumi tatasusunan ingatan) untuk memadankan format gambar yang masuk pada paparan.

Diingatkan bahawa penggunaan peleraian dalam konteks ini agak mengelirukan. Istilah "peleraian paparan" ini memaksudkan dimensi piksel (cth., 1280×1024), yang tidak menyatakan apa-apa mengenai leraian paparan yang sebenarnya terbentuk dari imej (yang lazimnya diberi dalam bacaan piksel per inci (digital) atau bilangan baris yang diukur secara mengufuk, per ketinggian gambar (analog)).

Am[sunting | sunting sumber]

Sistem televisyen analog menggunakan pengimbasan selang-seli iaitu dua imbasan berjujukan sekali (50 atau 60 medan sesaat), iaitu satu bergaris nombor ganjil diikuti imbasan garis nombor genap, untuk menghasilkan gambar lengkap (25 atau 30 bingkai sesaat). Ini dilakukan untuk menjimat lebar jalur pemancaran tetapi kesannya leraian menegak sepenuhnya tidak boleh dicapai dalam paparan tiub gambar (CRT). Contohnya, butiran maksimum di arah menegak memerlukan garis-garis bersebelahan hitam bersilih ganti putih. Bagi paparan progresif tidak timbul masalah ini, tetapi untuk paparan selang-seli, jika kadar gambar yang lebih perlahan menyebabkan kerlipan yang memedih mata. Inilah sebab imbasan selang-seli kurang sesuai untuk butiran halus seperti pada pemprosesan kata atau hamparan elektronik komputer. Bagi televisyen, ertinya jika gambar dimaksudkan untuk paparan selang-seli, gambar itu perlu dituras secara menegak untuk menanggalkan kerlipan ini dengan pengurangan leraian menegak. Mengikut faktor Kell, pengurangan ini adalah hingga kira-kira 85%, agar paparan selang-seli PAL 576 garis PAL cuma ada leraian menegak 480 garis, sementara paparan selang-seli NTSC 486 garis cuma ada leraian menegak kira-kira 410 garis. Begitu juga, video digital berselang-seli 1080i perlu dituras menjadi kira-kira 910 garis bagi paparan selang seli, namun paparan piksel malar (seperti LCD) boleh membetulkan ketidaktepatan imbasan, oleh itu boleh mencapai faktor Kell setinggi 95% atau 1020 garis.

Paparan tatasusunan piksel malar seperti LCD, plasma, DLP, LCoS, dsb. memerlukan pemproses "penskalaan" dengan ingatan bingkai yang, bergantung pada sistem pemprosesan, menukarkan gambar selang seli yang masuk menjadi gambar progresif secara cekap. Proses yang serupa berlaku dalam PC dan paparannya dengan video selang seli (cth. dari kad penala TV). Namun, kelemahannya ialah artifak pergerakan selang seli amat sukar dihapuskan, mengakibatkan sisi mengufuk "bergerigi" pada objek bergerak.

Dalam paparan gambar bersambungan analog seperti set TV CRT juga, garis imbas mengufuk tidak terbahagi kepada piksel, maka leraian mengufuknya berhubung kait dengan lebar jalur luminans dan isyarat kroma. Bagi televisyen, lebar jalur analog untuk luminans dalam definisi biasa terdapat dari 3 MHz (lebih kurang 330 garis tepi demi tepi; VHS) ke 4.2 MHz (440 garis; TV analog langsung) hingga 7 MHz (660 garis; DVD). Dalam definisi tinggi pula lebar jalurnya 37 MHz (720p/1080i) atau 74 MHz (1080p/60).

Piawaian terkini[sunting | sunting sumber]

Nisbah aspek dan leraian

Televisyen mempunyai leraian-leraian berikut:

SDTV: 480i (NTSC, 720×480 dibahagi kepada dua medan 240 baris)
SDTV: 576i (PAL, 720×576 dibahagi kepada dua medan 288 baris)
EDTV: 480p (NTSC, 720×480)
HDTV: 720p (1280×720)
HDTV: 1080i (1280×1080, 1440×1080, atau 1920×1080 dibahagi kepada dua medan 540 garis)
HDTV: 1080p (1920*1080 imbasan progresif)

Komputer pula lebih tinggi leraiannya:

Kini, Tatasusunan Grafik Terluas 1024×768 ialah leraian paparan yang paling laris.[1][2] Kebanyakan laman web dan produk multimedia direka semula dari format 800×600 sebelumnya kepada bentangan yang dioptimumkan kepada 1024×768.

Kewujudan monitor LCD yang murah menjadikan leraian 1280×1024 bernisbah aspek 5:4 makin popular bagi kegunaan komputer meja. Kebanyakan pengguna komputer, termasuk pengguna CAD, pelukis grafik dan pemain permainan memaparkan komputer mereka pada leraian 1600×1200 (UXGA, Ultra-eXtended) atau lebih tinggi jika cukupnya kelengkapan yang diperlukan. Leraian sedia ada yang lain termasuk aspek terlebih saiz 1400×1050 SXGA+ dan aspek lebar seperti 1280×720 WXGA, 1680×1050 WSXGA+, dan 1920×1200 WUXGA. Leraian-leraian paparan komputer paling laris adalah seperti berikut[3]:

Leraian  % pengguna Internet
Melebihi 1024x768 38%
1024x768 48%
800x600 8%
Kurang daripada 800x600 < 1%
Tidak diketahui 6%

Apabila leraian paparan komputer disetkan lebih tinggi berbanding leraian skrin fizikal, sesetengah pemacu video membolehkan skrin maya ditatal melalui skrin fizikal. Kebanyakan pengilang LCD mengambil kira jika leraian asli panel berfungsi pada leraian bukan asli dalam LCD boleh mengakibatkan imej kurang bermutu kerana pengguguran piksel agar imej muat (apabila menggunakan DVI) atau pensampelan isyarat analog tidak mencukupi (apabila menggunakan penyambung VGA). Tidak banyak pengilang CRT menyatakan leraian aslinya kerana CRT bersifat analog dan boleh mengubah paparannya dari serendah 320×200 (pelagakan komputer atau konsol permainan yang lebih lama) hingga setinggi yang dibenarkan papan dalaman, atau sehingga imej menjadi terlalu banyak perincian untuk dipaparkan tiub vakum. Maka, CRT boleh diubah leraiannya sedangkan LCD pula malar leraiannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]