PAL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem pengekodan televisyen mengikut negara. negara-negara yang menggunakan sistem PAL ditandai warna biru. (abad ke-20)

PAL, singkatan untuk phase alternating line (terjemahan: "Garisan Bersilang Tingkat"), ialah satu sistem pengekodan warna yang digunakan dalam sistem penyiaran televisyen di kebanyakan tempat di dunia. Sistem televisyen analog lain yang juga dipakai ialah SECAM dan NTSC.

Sejarah piawaian PAL[sunting | sunting sumber]

Pada 1950-an, ketika negara-negara Eropah Barat bercadang untuk melancarkan televisyen warna, mereka menghadapi masalah bahawa piawaian NTSC Amerika yang sedia ada tidak mampu muat dalam frekuensi AC 50 Hz dalam grid-grid tenaga Eropah. Tambahan pula, NTSC memperlihatkan beberapa kelemahan, termasuk anjakan ton warna dalam keadaan pemancaran yang kurang sempurna, oleh sebab itulah bermulanya perkembangan piawaian SECAM dan PAL, dengan tujuan menawarkan piawaian TV warna dengan frekuensi gambar 50 medan sesaat (50 Hertz), dan menampilkan gambar warna yang lebih bermutu berbanding NTSC.

PAL dimajukan oleh Walter Bruch di Telefunken di Jerman. Format ini julung kali diperkenalkan pada tahun 1963, manakala penyiaran pertama bermula di United Kingdom dan Jerman pada tahun 1967.[1]

Telefunken kemudiannya dibeli oleh pengilang elektronik Perancis Thomson. Thomson juga membeli Compagnie Générale de Télévision yang mana Henri de France memajukan SECAM, iaitu piawaian televisyen warna Eropah yang pertama dalam sejarah. Pada masa ini, Thomson juga mempunyai pegangan atas jenama RCA, yang menghasilkan piawaian TV warna NTSC sebelum penglibatan Thomson.

Istilah "PAL" sering digunakan secara tidak formal untuk memaksudkan sistem televisyen 625-line/50 Hz (576i, terutamanya Eropah), dan membezakannya daripada sistem "NTSC" 525-line/60 Hz (480i, terutamanya Amerika Utara/Amerika Tengah/Jepun). Oleh sebab itu, DVD turut dilabelkan sebagai "PAL" atau "NTSC" (secara tidak formalnya menyentuh kiraan garis dan kadar frem) meskipun secara teknikal, cakera-cakera Eropah tidak ada warna komposit PAL. Manakala itu, NTSC ada menyatakan format garis video dan frem.

Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan PAL[sunting | sunting sumber]

Lebih 120 negara dan wilayah kini atau pernah menggunakan sistem PAL, kebanyakannya sedang beralih ke DVB-T.

PAL B, G, D, H atau I[sunting | sunting sumber]

PAL-M[sunting | sunting sumber]

  •  Brazil (penyiaran serentak dalam ISDB-T bermula pada Disember 2007 sehingga 2016)
  •  Laos (juga menggunakan SECAM)

PAL-N dan PAL-NC[sunting | sunting sumber]

Bekas pengguna PAL[sunting | sunting sumber]

Negara Beralih ke Peralihan selesai pada
 Andorra DVB-T 2007-09-2525 September 2007
 Denmark DVB-T 2009-11-011 November 2009
 Finland DVB-T 2007-09-011 September 2007
 Luxembourg DVB-T 2006-09-011 September 2006
 Netherlands DVB-T 2006-12-1414 Disember 2006
 Sweden DVB-T 2007-10-1515 Oktober 2007
 Sepanyol (termasuk  Canary Islands) DVB-T 2010-04-033 April 2010
 Switzerland DVB-T 2007-11-2626 November 2007
 Wales DVB-T 2010-03-3131 Mac 2010

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Piawaian yang mendefinisikan sistem PAL diterbit oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa pada tahun 1998 dan diberi judul Recommendation ITU-R BT.470-6, Conventional Television Systems

Pautan luar[sunting | sunting sumber]