NTSC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

NTSC ialah sistem televisyen analog yang digunakan di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Mexico, Filipina, Korea Selatan, Taiwan, dan beberapa negara lain, kebanyakan di rantau Amerika (lihat peta). NTSC dinamakan sempena National Television System Committee[1] (Jawatankuasa Sistem Televisyen Negara), badan piawaian AS yang mengamalkannya. Kadang-kala nama penuhnya disalah sebut sebagai National Television Standards Committtee (Jawatankuasa Piawaian Televisyen Negara) tetapi nama betulnya dipastikan dalam satu kompilasi dokumen-dokumen asal di Pustaka Kongres[1].

Sistem pengekodan televisyen mengikut negara, negara-negara yang menggunakan sistem NTSC diwarnai hijau.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Sistem Televisyen Negara ditubuhkan pada tahun 1940 oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (Federal Communications Commission, FCC), di Amerika Syarikat (AS), untuk menyelesaikan perselisihan yang timbul di antara syarikat-syarikat mengenai pengenalan sistem televisyen analog seluruh negara di AS. Pada Mac 1941, suruhanjaya tersebut mengeluarkan satu piawaian teknikal untuk televisyen hitam putih yang dirangka berdasarkan cadangan yang dibuat Persatuan Pembuat Radio (Radio Manufacturers Association, RMA) pada tahun 1936. Kemajuan teknikal dalam teknik jalur sisi vestig membuka peluang meningkatkan resolusi imej yang disiarkan ke televisyen pengguna. NTSC berkompromi antara hasrat RCA untuk mengekalkan piawaian 441-garis imbasan (yang sudah digunakan oleh rangkaian TV NBC milik RCA) dan hasrat Philco untuk menambahkan bilangan garis imbasan kepada 605–800. Jawatankuasa tersebut berkompromi dan memilih piawaian pemancaran 525 garis. Piawaian teknikal lain dalam cadangan muktamad ialah kadar frem (kadar imej) 30 frem sesaat yang terdiri daripada 2 medan berjalin per frem (2:1 berjalin) pada 262½ per medan atau 60 medan sesaat bersama nisbah aspek 4:3, dan modulasi frekuensi (FM) untuk isyarat bunyi.

Pada Januari 1950, Jawatankuasa dibentuk semula untuk meyeragamkan televisyen warna. Pada Disember 1953, Jawatankuasa secara sebulat suara meluluskan apa yang kini dikenali sebagai piawaian televisyen warna NTSC (kemudian didefinasikan sebagai RS-170a). Piawaian yang dikemaskini ini mengekalkan keserasian ke belakang ("warna serasi" atau "compatible color") sepenuhnya ke dengan set televisyen hitam putih yang lebih lama. Maklumat warna ditambah pada imej hitam putih dengan menyertakan subpembawa warna 4.5 x 455/572 MHz (kira-kira 3.58 MHz) pada isyarat video. Agar meminimumkan gangguan antara isyarat kromaan dan pembawa bunyi FM, penambahan subpembawa warna juga memerlukan pengurangan kadar frem sedikit dari 30 frem sesaat ke 30/1.001 (hampir 29.97) frem sesaat, dan mengubah frekuensi garisan dari 15,750Hz ke 15,734.26Hz.

FCC pernah sekejap meluluskan satu piawaian televisyen warna yang berbeza yang dimajukan CBS sejak Oktober 1950.[2] Bagaimanapun, piawaian ini tidak serasi dengan penyiaran hitam putoh. Sistem itu menggunakan cakera warna berputar yang mengurangkan bilangan garis imbasan dari 525 ke 405, dan meningkatkan kadar medan dari 60 ke 144 (tetapi kadar frem efektifnnya cuma 24 sesaat). Tindakan undang-undang oleh RCA memberhentikan penggunaan komersial sistem itu sehingga Jun 1951, dan penyiaran biasa hanya bertahan selama beberapa bulan sebelum pembuatan semua set televisyen berwarna dilarang oleh Pejabat Kerahan Pertahanan (Office of Defense Mobilization, ODM) pada bulan Oktober, kononnya kerana Perang Korea.[3] Kebanyakan perkakas yang sedia ada teurs dimusnahkan dan cuma dua penerima diketahui kini masih wujud.[perlu rujukan] CBS membubarkan sistemnya pada Mac 1953,[4] dan FCC menggantikannya pada 17 Disember 1953 dengan piawaian warna NTSC yang dimajukan bersama oleh beberapa syarikat (termasuk RCA dan Philco).[5] Penyiaran televisyen ujian yang julung kai diumumkan menggunakan sistem "warna serasi" NTSC dilakukan pada satu episod Kukla, Fran and Ollie yang disiarkan NBC pada 30 Ogos 1953.[6]

Kamera televisyen NTSC warna yang pertama ialah RCA TK-40 yang digunakan untuk penyiaran ujian pada tahun 1953; satu versi yang diperbaik, iaitu TK-40A yang diperkenalkan pada Mac 1954, ialah kamera TV warna yang pertama didapati secara komersial. TK-40A kemudian digantikan pada tahun itu oleh satu lagi versi diperbaik, iaitu TK-41 yang menjadi kamera piawai yang digunakan sepanjang 1960-an.

Piawaian NTSC turut diamalkan negara-negara lain, termasuk kebanyakan rantau Amerika dan Jepun. Dengan kedatangan digital television, penyiaran analog semakin banyak dihentikan. Penyiaran NTSC dimandatkan oleh FCC untuk berakhir di AS pada 17 Februari 2009.

Pengekodan warna[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga piawaian utama yang digunakan di seluruh dunia, iaitu PAL (Phase Alternating Line — "Garis Ulang-Alik Fasa"), NTSC (National Television System Committee — "Jawatankuasa Sistem Televisyen Negara") dan SECAM (Séquentiel Couleur à Mémoire — "Warna Berjujukan dengan Ingatan").

Sistem yang digunakan di Amerika Utara ialah NTSC. Eropah Barat, Australia dan Amerika Selatan Timur menggunakan PAL. Eropah Timur dan Perancis pula memakai SECAM. Secara amnya, sesuatu peranti (seperti televisyen) hanya boleh membaca atau memaparkan video yang dikodkan pada satu piawaian yang peranti itu direka untuk menyokong; jika tidak, sumbernya mesti diubah suai (seperti mana apabila rancangan Eropah disiarkan di Amerika Utara atau sebaliknya).

Jadual berikut menggambarkan perbezaannya:

NTSC M PAL B,G,H PAL N PAL M SECAM B,G,H SECAM D,K,K',L
Garis/Medan 525/60 625/50 625/50 525/60 625/50 625/50
Frekuensi mengufuk 15.734 kHz 15.625 kHz 15.625 kHz 15.750 kHz 15.625 kHz 15.625 kHz
Frekuensi menegak 60 Hz 50 Hz 50 Hz 60 Hz 50 Hz 50 Hz
Frekuensi subpembawa warna 3.579545 MHz 4.433618 MHz 3.582056 MHz 3.575611 MHz
Lebar jalur video 4.2 MHz 5.0 MHz 4.2 MHz 4.2 MHz 5.0 MHz 6.0 MHz
Pembawa bunyi 4.5 MHz 5.5 MHz 4.5 MHz 4.5 MHz 5.5 MHz 6.5 MHz

Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan NTSC[sunting | sunting sumber]

Amerika Utara[sunting | sunting sumber]

  • Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat, penyiaran NTSC dari stesen berkuasa tinggi sudah ditamatkan 16 Jun 2009 untuk memberi laluan kepada ATSC, tetapi stesen-stesen berkuasa rendah, Kelas A dan pengulang serta sistem televisyen kabel analog yang tinggal, tidak terjejas.
  • Bendera Kanada Kanada, penyiaran NTSC akan ditamatkan menjelang 2011, penyiaran serentak dalam ATSC.
  • Bendera Mexico Mexico, penyiaran NTSC akan ditamatkan menjelang 2022, penyiaran serentak dalam ATSC.

Amerika Tengah dan Karibia[sunting | sunting sumber]

Amerika Selatan[sunting | sunting sumber]

Asia[sunting | sunting sumber]

  • Bendera Korea Utara Korea Utara (Stesen propaganda yang disasarkan pada Korea Selatan; penyiaran domestik menggunakan PAL)
  • Bendera Kemboja Kemboja (Dahulu; kini menggunakan PAL)
  • Bendera Vietnam Vietnam (Dahulu; kini menggunakan PAL)
  • Bendera Thailand Thailand (Dahulu; kini menggunakan PAL)

Lautan Pasifik[sunting | sunting sumber]

Wilayah AS
Negara kepulauan Pasifik lain
Dahulu (menguji NTSC sebelum mengamalkan PAL)
  • Bendera Fiji Fiji (sehingga 1989, Fiji menggunakan PAL sejak 1990)
  • Bendera Australia Australia (kini menggunakan PAL)

Lautan Hindi[sunting | sunting sumber]

Timur Tengah[sunting | sunting sumber]

Eropah[sunting | sunting sumber]

  • Bendera United Kingdom United Kingdom (Menguji satu varian NTSC 405 garis pada 1950-an dan 1960-an; menggugurkannya untuk mengamalkan PAL)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Library of Congress Online Catalog National Television System Committee (1951-1953), Color television standards: selected papers and records. Edited by Donald G. Fink.,New York, McGraw-Hill, 1955, 520 p. illus.
  2. Sistem "berjujukan garis" (line sequential) ketiga dari Color Television Inc. (CTI) juga pernah dipertimbangkan. Sistem CBS dan NTSC muktamad masing-masing dipanggil sistem "berjujukan medan" (field sequential) and "berjujukan titik" (dot sequential).
  3. "Color TV Shelved As a Defense Step," New York Times, 20 Oktober 1951, p. 1. "Action of Defense Mobilizer in Postponing Color TV Poses Many Question for the Industry," New York Times, 22 Oktober 1951, p. 23. "TV Research Curb on Color Avoided", New York Times, 26 October 1951. Ed Reitan, CBS Field Sequential Color System, 1997. Satu varian sistem CBS kemudian digunakan oleh NASA untuk menyiarkan gambar angkasawan dari angkasa lepas.
  4. "CBS Says Confusion Now Bars Color TV," Washington Post, 26 Mac 1953, p. 39.
  5. "F.C.C. Rules Color TV Can Go on Air at Once," New York Times, 19 Disember 1953, p. 1.
  6. "NBC Launches First Publicly-Announced Color Television Show," Wall Street Journal, 31 Ogos 1953, p. 4.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]