Peluru berpandu krus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peluru berpandu krus Tomahawk.

Peluru berpandu krus (atau kadang kala dipanggil sebagai peluru berpandu peronda atau peluncur) merupakan sebuah peluru berpandu yang menggunakan sayap pengapung dan biasanya menggunakan sistem tujahan jet untuk mengekalkan penerbangan. Peluru berpandu krus secara prinsipnya merupakan sebuah pesawat udara tanpa pemandu. Ia biasanya direka untuk membawa kepala peledak nuklear atau sejumlah besar bahan letupan konvensional sejauh beratus-ratus kilometer dengan tepat.

Pada 2005, peluru berpandu krus biasanya meluncur pada kelajuan sub-sonik, pemanduan-sendiri dan terbang pada aras rendah bagi mengelakkan daripada dikesan oleh radar. Pembangunan terkini peluru berpandu krus oleh India dan Rusia yang dinamakan BRAHMOS (sempena sungai Brahmaputra di India dan sungai Moscow di Rusia) merupakan sebuah peluru berpandu krus berkelajuan supersonik dan mempunyai kadar ketepatan yang tinggi. BRAHMOS dipercayai adalah sebuah peluru berpandu supersonik yang paling tepat di dunia dan ia boleh dilancarkan dari udara, laut atau darat.

Pada 2011, dianggarkan sebiji peluru berpandu krus berharga £500,000 (US$830,000).[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah pembangunan peluru berpandu krus bermula apabila Jerman telah membangunkan peluru berpandu V1 semasa Perang Dunia II. Meskipun peluru berpandu V1 berjaya dipintas, ini tidak menjadikan konsep peluru berpandu krus telah gagal. Selepas perang, Amerika Syarikat telah meletakkan sejumlah kecil peluru berpandu krus nuklear di Jerman. Penyelidikan berterusan bagi versi jarak lebih jauh dan lebih pantas kemudian menghasilkan Navaho buatan Amerika Syarikat, manakala Kesatuan Soviet pula telah mengeluarkan Burya dan Buran. Bagaimanapun, konsep penggunaan peluru berpandu krus jarak jauh dibatalkan apabila peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) telah dibangunkan. Selepas itu, negara seperti Amerika Syarikat lebih banyak memberi tumpuan bagi membangunkan peluru berpandu krus jarak dekat seperti peluru berpandu Tomahawk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]