Pemalar kosmologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fizik kosmologi
WMAP 2008.png
Alam semesta · Letupan Besar
Umur alam semesta
Garis masa Letupan Besar
Nasib muktamad alam semesta

Dalam fizik kosmologi, pemalar kosmologi (lazimnya diwakili oleh huruf besar Yunani lambda: Λ) telah dicadangkan oleh Albert Einstein sebagai pengubahsuaian bagi teori asal kerelatifan amnya untuk mencapai alam semesta yang pegun. Einstein mengabaikan konsep cerapan anjakan Hubble yang menunjukkan bahawa alam semesta mungkin bukan pegun. Walau bagaimanapun, penemuan pecutan kosmik pada 1990-an telah memperbaharui penggunaan pemalar kosmologi.

Persamaan[sunting | sunting sumber]

Pemalar kosmologi Λ muncul dalam persamaan medan Einstein yang telah diubahsuai

R_{\mu \nu} - {\textstyle 1 \over 2}R\,g_{\mu \nu} + \Lambda\,g_{\mu \nu} = {8 \pi G \over c^4} T_{\mu \nu}

R dan g berkaitan dengan struktur ruang-masa, T berkaitan dengan jirim (dikatakan mempengaruhi struktur), dan G dan c adalah faktor tukaran yang timbul dari penggunaan unit pengukuran tradisional. Apabila Λ sifar, ia mengurangkannya kepada persamaan medan asal bagi kerelatifan am. Apabila T ialah sifar, persamaan medan menyatakan ruang kosong (hampagas). Cerapan astronomi menyatakan bahawa pemalar ini tidak boleh melebihi 10-46 km-2.[1]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Christopher S. Kochanek (1 August 1996). ""Is There a Cosmological Constant?"". The Astrophysical Journal 466 (2): 638–659. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]