Pembentukan bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tapak semaian najam di dalam Awan Magellan Besar. Dirakam oleh Teleskop Angkasa Hubble.

Pembentukan bintang merupakan proses gas dalam awan molekul bertukar membentuk bintang.

Dalam pandangan kini mengenai pembentukan bintang, teras awan molekul (kawasan berkepadatan tinggi) menjadi tidak stabil secara graviti, berpecah dan mula meruntuh. Sebahagian dari daya graviti hilang dalam peranapan ini sebagai haba inframerah, dengan yang lain meningkatkan lagi suhu teras objek tersebut. Apabila kepadatan dan suhu cukup tinggi, pelakuran deuterium bermula, dan tekanan luaran hasil sinaran memperlahankan (tetapi tidak menghentikan) peranapan tersebut. Bahan dari awan berterusan menghujani ke dalam protobintang. Pada tahap ini aliran dwikutub masih terhasil, kemungkinannya kesan dari momentum sudut bahan yang runtuh. Akhirnya, hidrogen mula bergabung diteras bintang, dan bahan penyalut yang lain mulai hilang.

Tahap proses ini jelas bagi bintang dengan jisim satu jisim suria atau kurang. Bagi bintang berjisim tinggi, tempoh proses pembentukan bintang boleh dibandingkan dengan skala masa lain evolusi mereka, lebih pendek, dan proses tersebut tidak ditetapkan dengan jelas. Evolusi lanjut bintang dikaji dalam evolusi najam.

Rujukan dan bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Teori peranapan gas di bawah gravitinya sendiri dibangunkan oleh Jeans dan walaupun teori ini tidak menyamai kebanyakan fenomena yang di anggap penting, ia amat berguna dan diguna secara meluas sebagai anggaran kasar. Kertas kerja asal tersedia secara percuma:

  • J. H. Jeans. Philosophical Transactions of the Royal Society of London. Series A, Containing Papers of a Mathematical or Physical Character, Vol. 199. (1902), pp. 1-53. Stable URL: [1]