Penapaian etanol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Proses penapaian sukrosa oleh yis.

Penapaian etanol (juga penapaian alkohol) ialah suatu proses biologi yang menukarkan molekul gula (karbohidrat) seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa menjadi bentuk tenaga bagi sel (adenosina trifosfat, ATP) sambil menerbitkan etanol dan karbon dioksida sebagai bahan sampingan. Oleh kerana yis melakukan bentuk pertukaran ini dalam persekitaran tanpa oksigen, penapaian ini disifatkan sebagai anaerobik. Kaedah ini juga dilakukan dalam beberapa spesies ikan (termasuk ikan emas dan karp) tatkala proses ini menghasilkan tenaga dengan kekurangan oksigen (bersama-sama penapaian asid laktik).[1] Kegunaan-legunaan penapaian etanol adalah termasuk dalam penghasilan doh roti, bahan api etanol dan minuman beralkohol.

Huraian biokimia[sunting | sunting sumber]

Persamaan kimia di bawah menerangkan proses penapaian glukosa (C6H12O6) menjadi etanol (C2H5OH), di mana proses ini menukarkan satu mol glukosa menjadi dua mol etanol dan dua mol karbon dioksida serta dua mol ATP:

C6H12O6 → 2 C2H5OH + 2 CO2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aren van Waarde; G. Van den Thillart; Maria Verhagen (1993). "Ethanol Formation and pH-Regulation in Fish". Surviving Hypoxia. m/s. 157−70. hdl:11370/3196a88e-a978-4293-8f6f-cd6876d8c428. ISBN 978-0849342264.